Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Friday, November 28, 2008

Kedamaian Melbourne

*petikan Kembara, Berita Harian

Oleh Hasliza Hassan
bminggu@bharian.com.my

Gabungan seni bina lama dengan bangunan pencakar langit serlah ketenangan

FLINDERS Street Station, perhentian kereta api di pinggir bandar Melbourne, yang menjadi pusat rangkaian pengangkutan rel dijadikan tanda bagi memudahkan mencari jalan pulang jika tersesat ketika bersiar-siar di ibu negeri Victoria, Australia.

Ini berikutan bangunan berwarna kuning terletak di sudut antara Jalan Flinders dan Swanston dan bersebelahan Sungai Yarra itu lebih menyerlah berbanding bangunan tinggi serta deretan kedai di sekelilingnya.

Stesen kereta api itu juga menjadi tumpuan 110,000 komuter dan 150 tren setiap minggu yang menggunakan perkhidmatan disediakan Connex’s untuk kawasan bandar serta V/Line bagi perkhidmatan ke daerah lain.

Empat hari di Melbourne atas jemputan Jabatan Perhubungan Luar dan Perdagangan (DFAT) Australia untuk melihat sendiri kehidupan masyarakat Islam, pastinya tidak mencukupi untuk mengunjungi banyak tempat menarik di sana.

Malah, Pasar Queen Victoria hanya dilihat dari dalam teksi ketika menyusur Victoria Street walaupun hati memang teringin ke sana untuk membeli pelbagai barang termasuk barang kulit, baju, cenderamata dan tidak ketinggalan kawasan pasar basah yang menjual keperluan harian
dengan harga murah.

Tram menambah ciri unik bandar Melbourne.

Pandangan tram menyusuri tengah jalan raya menuju ke setiap perhentian juga menarik perhatian. Melbourne mempunyai rangkaian tram terbesar di dunia yang menjadikan bandar itu memiliki keunikan tersendiri.

Melihat kepada sistem pengangkutan dan bentuk jalan raya, ada yang bersimpang siur di simpang empat, rasanya tidak mahu memandu di Melbourne tetapi kesabaran serta persefahaman ditunjukkan pemandu dapat disimpulkan, bandar itu memiliki sistem pengangkutan berkesan.

Begitu juga setiap jalan kecilnya dilengkapi lampu isyarat yang jaraknya tidak jauh antara satu sama lain, tetapi tidak pula mendatangkan masalah kepada pemandu. Sikap pemandu yang mengutamakan pejalan kaki menjadikan keadaan lalu lintas teratur.

Paling penting, setiap jalan mempunyai papan tanda nama jalan bagi memudahkan pengunjung untuk ke satu-satu tempat berpandukan kepada peta yang diperoleh daripada pejabat pusat pelancongan.

Melbourne adalah sebuah bandar raya moden berusia kurang daripada 200 tahun. Pelbagai pembangunan dilaksanakan menjadikan ia sebuah bandar menarik menggabungkan seni bina lama dengan bangunan mencakar langit.

Bandar itu juga dihiasi taman dan kebun bunga dengan latar belakang zaman Victoria serta deretan pokok hebat selain landskap yang sesuai dijadikan pusat rekreasi selain tempat berehat sambil menikmati keindahan sekeliling seperti di Carlton Garden, Royal Park dan Zoo Melbourne.

Terkenal antara bandar yang hidup, aktiviti masyarakatnya bermula dari awal pagi hingga lima petang yang mana pejabat dan pusat beli belah menamatkan waktu perniagaan mereka. Namun, keadaan kembali meriah pada waktu malam apabila restoran serta pusat hiburan menjadi tumpuan ramai.

Bagi pelancong Islam, tidak sukar mendapat makanan halal di Melbourne kerana banyak restoran menjual makanan halal seperti kebab dan makanan Indonesia.

Untuk merasai suasana desa di Victoria pula, pelancong perlu keluar ke daerah berdekatan. Bagi mereka yang sukakan binatang, mereka boleh memperoleh pengalaman memberi makan kangaroo, bermesra dengan beruang koala, boleh ke Maru Koala and Fauna Park di Grantville iaitu kira-kira satu jam perjalanan dari Melbourne.

Jika ingin mendekati kumpulan pelbagai agama seperti Kristian, Buddha, Islam dan Hindu, City of Greater Dandenong yang terletak 31 kilometer di Tenggara Melbourne dan mempunyai 125,520 penduduk adalah tempat memperlihatkan kepelbagaian budaya tetapi hidup dalam suasana harmoni.

Walaupun lebih terkenal sebagai bandar moden, Melbourne yang memiliki campuran ciri Victoria dan kontemporari tetap menjanjikan pengalaman menarik dengan masyarakatnya yang pelbagai budaya serta ramah.

INFO: Melbourne

* Terletak di sebelah Sungai Yarra ialah ibu negeri Victoria, negeri kedua terkecil di Australia dengan keluasan 227,600 kilometer persegi.

* Bandar kedua yang ramai penduduk di Australia dengan kepadatan kira-kira 3.8 juta (statistik 2007)

* Dibuka oleh peneroka pada 1835, 47 tahun selepas penempatan pertama orang Eropah di sekitar Sungai Yarra.

* Sebagai bandar metropolitan, dengan suku penduduknya adalah dilahirkan di luar negara bersama kedatangan penghijrah dari Asia serta Eropah, Melbourne dianggap sebagai bandar Greek ketiga terbesar di dunia dan bandar Itali terbesar di luar negara Itali.

* Pusat Maklumat Pelancongan di Melbourne terletak di Dataran Federation antara Jalan Swanston dan Flinders.

* Pusat itu dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari dan 10 pagi hingga 6 petang pada cuti am.

Wednesday, November 26, 2008

Auf Wiedersehen, Uni!

Gambar selepas majlis doa selamat...
Lokasi : Lagenda Mas, Cheras


Gambar-gambar di KLIA...
*kredit : Abe Sham

*Auf Wiedersehen, Uni! = Selamat jalan, Uni!

Kawe - Baik-baik kat negara orang... :)

Monday, November 17, 2008

Villa Haji Wan Mahmood Kena Roboh?

Hahaha.. takde la. Gambar ni kiriman Cik Wae... diambil sewaktu ubahsuai bumbung 'villa' Haji Wan Mahmood (Tok Wae) minggu lalu.

"Selesa sket kalau anak cucu balik raya haji nanti...", kata Cik Wae mewakili Mok.

Perghh... semenjak Mok pun dah guna handphone canggih nih asyik send mms je lah yer... bagus gak... at least now kita dah leh tengok gambar-gambar dari belah sana...

Sempat juga foto Ayah Chik mencelah. Sian dia... penat tengah berehat lah tu agaknya...

Oh, ya sebelum terlupa, Kawe nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat Tok Uncle kita di Putrajaya. Tup.. tap dah 47 tahun ya? Tahniah juga di atas perlantikan jawatan baru Tok Uncle!

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, mudah-mudahan...

Tok Uncle ngan Dik Sarah suatu ketika di Jeram Linang. Pic was taken last year tak silap Kawe. Or this year? Haha.. lupa! Kredit to Abang Sham

Satu lagi berita, hujung minggu nanti, Uni akan berangkat ke Melbourne, Australia. Kawe belum dapatkan lagi detailnya (masih tunggu e-mail dari Uni) apa pun kalau takde aral, Insyallah kawe akan berada di airport pada hari berkenaan (turun KL lagi?).

Buat Uni, Kawe dahulukan dengan ucapan selamat berangkat dan menempuh hidup di negara orang. Jangan lupakan orang Malaysia sudah... :)

Tahniah dari Kawe dan MCC lainnya...

Lepas Uni, dengar-dengarnya Nanik juga akan berangkat untuk posting di Sabah pertengahan Disember nanti. Hah, lepas satu-satu MCC pergi. Ingatkan Kawe aje yang dok kat 'oversea' sekarang (Pulau Pinang?), ada yang lagi jauh... hehehe...

Oh, by the way, bawah ni ada lagi gambar Naim Kawe amik dari flickr Aju dan juga flickr Abang Sham (kenduri cukur jambul). Sorry ya Abang Sham, baru now sempat nak upload. Enjoy dan selamat berkerja semuanya!

Nyenyak tul Naim tido... huhuhu

Lenanya dia...

Sportingnya Nabil.. siap duduk bersila kat depan adiknya tu hah... Abang yang bagus bak kata Abang Sham... :)

Gambar Naim

Kiriman MMS : Kak Long Ninie
Tarikh : 17.11.2008

Sunday, November 16, 2008

Gambar Naim

Kiriman MMS : Kak Long Ninie
Tarikh : 15.11.2008

Ye, awak nak ape?

Wednesday, November 12, 2008

Makan-Makan@Lagenda Mas

Perkara : Gathering/Makan Tengahari MCC (KL)
Tarikh : 9 November 2008
Tempat : Taman Lagenda Mas, Cheras (Rumah Along & Abang Shaman)


Monday, November 03, 2008

Hobi Baru Kawe

Sedari dulu Kawe juga teringin mempunyai kamera sendiri. Lebih-lebih lagi setelah tengok Aju dan Abe Sham 'berlumba-lumba' beli kamera dan mengambil gambar. Seingat Kawe, Ayah Ngah iaitu papa Kawe juga dulu pun ada mempunyai kamera sendiri. Yashica kan, pa? Betulkan kalau Kawe silap ya. Dah lama sangat kamera tu. Tak tau dah mana peginya.

Terfikir juga, bila agaknya dapat merasa pegang DSLR sendiri? Asyik dok tangkap gambar pakai kamera fon je (N95). Hik!

Alhamdulillah, rezeki Kawe sampai juga. Baru-baru ni Kawe dah pun (berjaya) membeli Sony Alpha A300 (yang sekian lama dicita-citakan). Plan-nya nak beli sebelum raya, tapi mungkin belum rezeki agaknya, takpelah raya haji nanti bleh Kawe bawa balik kamera tu untuk snappy-snappy kat Tanah Merah. Insya-Allah.

Ada beberapa faktor yang buat Kawe tergerak untuk mendapatkan jenama Sony ni. Salah satunya ialah kerana jenama itu sendiri- Kawe percaya dengan kemampuan Sony, tambah videocam yang Kawe guna sebelum ini pun dari jenama yang sama juga.

Kedua, berbeza dengan jenama lain (setahu Kawe lah) Alpha mempunyai 'live view', iaitu fungsi melihat di skrin sama dengan kamera digital biasa. Bezanya, skrin yang boleh diselaras dan ditarik keluar. Haks- cemana nak terang ya- Sue ngan Uncle Man dah tengok kan mesti tau... hehehe.

Niat Kawe dengan adanya kamera ini, dapat juga Kawe bersama-sama Aju dan Abe Sham pas ni join berfoto sambil belajar-belajar. Sesiapa MCC yang ingin melawat flickr atau photoblog Kawe sila klik alamat di bawah ya!

Sebelum terlupa, tahniah buat Nanik yang bakal dihantar posting ke Sabah (Kawe baca Sue tulis kat tagboard). Jangan sedih- tiap rezeki itu ada hikmahnya. Mana tahu, dapat belajar cakap Sabah plak pas ni. Ambil yang positif ya!

Lawat flickr Kawe. Klik :

http://www.flickr.com/photos/stabuxguy

Lawat photoblog Kawe.
Klik :

http://www.photoblog.com/stabuxguy

Terima kasih. :)

p/s : jangan lupa dapatkan majalah Gaya Travel Nusantara [ klik ] keluaran November/Disember di pasaran- ada cerita Germany dan Bali Kawe di dalamnya!