
Terfikir juga, bila agaknya dapat merasa pegang DSLR sendiri? Asyik dok tangkap gambar pakai kamera fon je (N95). Hik!
Alhamdulillah, rezeki Kawe sampai juga. Baru-baru ni Kawe dah pun (berjaya) membeli Sony Alpha A300 (yang sekian lama dicita-citakan). Plan-nya nak beli sebelum raya, tapi mungkin belum rezeki agaknya, takpelah raya haji nanti bleh Kawe bawa balik kamera tu untuk snappy-snappy kat Tanah Merah. Insya-Allah.
Ada beberapa faktor yang buat Kawe tergerak untuk mendapatkan jenama Sony ni. Salah satunya ialah kerana jenama itu sendiri- Kawe percaya dengan kemampuan Sony, tambah videocam yang Kawe guna sebelum ini pun dari jenama yang sama juga.

Niat Kawe dengan adanya kamera ini, dapat juga Kawe bersama-sama Aju dan Abe Sham pas ni join berfoto sambil belajar-belajar. Sesiapa MCC yang ingin melawat flickr atau photoblog Kawe sila klik alamat di bawah ya!
Sebelum terlupa, tahniah buat Nanik yang bakal dihantar posting ke Sabah (Kawe baca Sue tulis kat tagboard). Jangan sedih- tiap rezeki itu ada hikmahnya. Mana tahu, dapat belajar cakap Sabah plak pas ni. Ambil yang positif ya!
Lawat flickr Kawe. Klik :
http://www.flickr.com/photos/stabuxguy
Lawat photoblog Kawe. Klik :
http://www.photoblog.com/stabuxguy
Terima kasih. :)
p/s : jangan lupa dapatkan majalah Gaya Travel Nusantara [ klik ] keluaran November/Disember di pasaran- ada cerita Germany dan Bali Kawe di dalamnya!
0 comments:
Post a Comment