Monday, January 09, 2006

Edisi Pengenalan : Catatan Shah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, akhirnya dengan berkat izinnya dapat juga idea/cadangan untuk mewujudkan weblog keluarga @ MCC ini direalisasikan. sebetulnya, idea ini tercetus sejak penganjuran hari keluarga yang lalu (sekitar mei saya kira) namun disebabkan mempunyai beberapa masalah dr segi teknikal (dan faktor ketiadaan masa), terpaksa saya tangguhkan dahulu bagi mencari waktu dan tika yg sesuai.

mohon maaf pada yg sering bertanya (sering juga cik wan dan baba long - serta beberapa org kuat MCC sendiri) .

"sudah siapkan website mcc?"

"alamatnya?"

itulah dua soalan rasmi yg sering diajukan kepada saya.

kelu saya untuk menjawabnya. saya kira, pembinaan blog adalah jalan terbaik (dan paling singkat).

barangkali tak semua kalangan kita yang mempunyai kemudahan internet atau berpengetahuan untuk menggunakannya. jangan risau, penerangan akan diberikan dr semasa ke semasa. so buat emak-emak, pak cik-mak cik semua... don't worry ok? HEHEHE...

untuk makluman, pembangunan blog ini adalah sebagai wadah bagi warga MCC khususnya untuk menatap, membaca dan mengetahui berita-berita atau paparan terkini segala aktiviti MCC. ianya lebih mudah, terkini dan cepat!

harapan saya, dapatlah sama-sama kita menjadikan blog ini sebagai pemangkin untuk kita beralih kepada sesuatu yg segar dan global. sesungguhnya hanya ini usaha kecil saya yg dapat disumbangkan buat tatapan sekalian warga MCC.

p/s : untuk menghantar sebarang bentuk cerita, paparan, gambar aktiviti atau apa sahaja sila e-mel kepada mail2mcc@yahoo.com.my. tapi ingat ya, pastikan cerita anda adalah berkaitan dengan keluarga serta aktiviti MCC sahaja - mohon kerjasama!

blog kita, wajah kita!

Wassallam.

0 comments: