Friday, February 03, 2006

Gathering II - MCC@Tanah Merah



tarikh : 30 januari 2006
hari : isnin
jam : 8.30 malam
perkara : majlis BBQ keluarga MCC di tanah merah


meriah!! - hanya itu yg dapat kawe gambarkan ttg gathering BBQ di tanah merah pada malam isnin yg lepas. cuma sayang keluarga cik nah tak dapat turut serta. tak pasti pula kawe kenapa. ada komitmen lain barangkali. apa pun, malam tuh mmg enjoy habis. cayalah MCC!

majlis start kira-kira pukul 8.30 malam (lepas isyak). masing2 mula sibukkan diri buat itu-ini. tak payah dikerah. erm, bagus juga. semangat macam ni la yg kita hendak. ada yg sibuk dok panggang daging, sementara yg lain pula sediakan tempat dan bahan makanan. air pula di sponsor khas oleh baba long (promosi jus nenas - sedapp!!).

macam2 gelagat yg dapat diperhatikan. paling kecoh bila kak long turun padang dengan membawa nabil yg comel lote tu ke tapak BBQ. masing2 tak lepaskan peluang nak bergambar dan mintak autograf... eh, silap, lepaskan geram (apalagi sesi dukung-mendukung nabil pun bermula).

majlis dimulakan dengan pembacaan doa oleh ayah ngah. habis jer doa masing2 dah tak sabar nak menjamah hidangan (actually ada yg dah makan sebelumnya termasuklah tukang baca doa tuh - sapa nak jawab?).

antara lauk-pauk selain daging bakar yg disediakan malam tue ialah masakan kampung special oleh cik wan, mama dan mok catering selain sponsor2 lain termasuk hidangan puding jagung yg sedap ya amat oleh cik uly (nanti bley tempah sebakul ngan dia deh!).

ayah su.

sian dia balik lambat malam tuh. khabarnya ke batu gajah ada kenduri bersama cik su. nasib baik hidangan byk lagi. selesai makan2 ada plak tayangan vcd oleh pok su. biasalah dia. suka buat tayangan percuma - iklan... iklan...

oh, yer ada satu lagi kejadian yg tak dpt dilupakan mlm tu (nasib baik baba long remind - gegegege... gelak cara baru). kejadian nie ala-ala misteri nusantara la jugak. duh, tegak bulu roma jap. nak dijadikan citer kawe ngan beberapa org sepupu-sepapat yg lain (ajue, anaz, aiman - hero2 semuanya) sedang ralit dok tgok wayang di ruang berasingan.

nak tau citer apa?

PHSM II - punyalah berani tgok citer 'pontianak' memalam. tiba-tiba...

"dumm... dummmm...".

masing2 tergamam. alamak, bunyi apa tuh?

ajue yg dok paling tepi kat sofa org yg paling awal bangun. masing2 muka dah pucat lesi. panik gak la 5 saat. apa taknya tiba-tiba aje bunyi org ketuk2 dinding dr luar umah mok.

apalagi... tak yah tunggu 'maya karin' bagi salam, semua dah pecut 100 meter!

apa yg berlaku...?

hah, tue kena la tanya baba long... gegegegege... (gelak cara baru).

suasana riuh di tapak BBQ sambil diperhati mandur (wan long)

anak-anak buah MCC yg maha rajin... cayalah!

apabila 'pakar' turun padang... cik ngah senyum jah!

bahagian dapur dan catering makanan... jadi tuke pege saji je pun oklah...

baik2 tuang air tuh. tumpah nanti make daging cekik baru tau...

pose ala-ala manja dr cik uly & adlan... harap2 come la muko aku nih!

tiga dara pingitan - nanik, kak teh dan shasha

nie aku buat2 pose tunjuk gear box nih, masuk blog lagi la muko aku... glamer!

"world peace!" dr mok

aktiviti seterusnya?

hehehe... tunggu saja bulan 5!

0 comments: