Thursday, February 23, 2006

PGLtm : Indahnya Tiara Bernyanyi!

weh, jom tgok pgl weh! hehehe...


pelawaan salah seorang teman semalam untuk menonton pgltm tidak kawe lepaskan.

"ada tiket?". soal kawe ragu2.

"baru dapat. media prima kasi," balas member kawe tuh.

ya, bertuah juga ado member yang antara org kuat media - selalu dapat tiket free. hehehe... kawe hampir bersorak girang. dah berhari-hari kawe putus harapan sebenarnya. tiket sold out. terus-terang, mmg kawe teruja sangat2 untuk menonton teater ini. jika minggu lalu kawe ada 'menampal' posting ttg cerita dan persembahan pgltm, kali ini, kawe sendiri akan mengalami 'magik' yang diwar-warkan. berkali-kali kawe membuka blog
sm. bukan apa, ambil 'feel' kata orang. kawe akui, sm mmg pandai dan rajin menulis. tak salah kawe jadikan panduan.

berbalik soal teater pgltm tadi, pada ada yg belum menontonnya atau merancang untuk menonton (tiket untuk hari tambahan dibuka sekarang!), nasihat kawe, buka mata dan minda anda. tolong jangan bandingkan versi muzikal dengan filem. tak keterlaluan jika kawe katakan versi muzikal lebih menarik - indah dan lebih mampu membuatkan jiwa kawe bernyanyi bersama tiara (she's very the very good!)

rabu, 22 feb.
5.30 petang.

kawe bergegas pulang ke rumah sebaik sahaja tamat kuliah hari itu. nasib baik baju untuk dipakai ke istana budaya (ib) sudah prepare malam tadi. tunggu sarung aje.

"wan, dah siap? aku wait hang di lobi petronas ya...".

kawe agak terlewat sebenarnya. tiba aje di klcc, kami terus rush ke ib. jam hampir menunjukkan ke pukul 7.45 malam. nasib juga tak jam di jalan tun razak tadi.

panggung sari.

dah lama kawe tak ke sini. kali terakhir (kalau tak silap) sewaktu pementasan puteri hang li po. tak byk perubahan - kecuali untuk papan sarikata yg telah digantikan dengan electronic board. bagus juga. at least kalau ada mat saleh atau mereka yg tak faham bahasa ibunda, bleh curi2 tgok kat situ.

cerita.

tak byk yg perlu kawe komen rasanya. kalau nak tau detail, better kalian pi baca (atau dah baca!) kat blog2 yg terlebih awal mengulas ttg pementasan ini. cuma kawe ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa menonton. secara jujur kawe mengatakan - meskipun bukan setaraf miss saigon atau bombay dreams sendiri - produksi ini harus menjadi kebanggaan malaysia.

mengapa?

keseluruhannya - kesungguhan mereka sungguh luarbiasa!

babak paling di suka

ermm... pertama sekali, kawe teruja (dah dua kali kawe guna nampaknya) dengan binaan set di awal teater.

"impressive!", bisik kawe. tak boleh tidak member kawe tuh terpaksa agree dengannya.

tertarik dengan permulaan watak puteri (tiara) dan bayan yg ditonjolkan begitu rapat dan mesra, ingatan kawe terimbau kepada cerita lama-lama (bawang merah & ikan kaloi) yg menyingkap tema kasih ibu dan jiwa yang teraniaya. tatacayaha ok. cantik dan mempersona. begitu melankolik sekali hingga mampu membuatkan kawe terbuai seketika.

ada byk babak sebenarnya yg membuatkan kawe terus menanti-nanti adegan seterusnya. paling harus diberi pujian ialah babak pelabuhan melaka dan pertemuan datuk laksamana (stephen) dan puteri jawa (tiara) di puncak ledang. tak faham? ok, ok... biar kawe ceritakan satu-persatu ya.

kawe suka set di pelabuhan melaka. meskipun agak simple kawe kira tetapi ianya telah dibuat begitu menarik dan nampak sedikit 'real'. jeti yg rapat ke tangga, latar laut dan kapal dagang. ditambah pula dengan suara riuh-rendah org2 di pelabuhan - agaknya org melaka dulu2 mmg gemar bernyanyi!

babak air terjun di puncak ledang - mmg kawe tak terfikir langsung mereka akan cuba merealisasikannya - dan berjaya!
kalau kalian perasan, binaan set bongkah2 kayu boleh-ubah yang disusun sedemikian rupa adalah mewakili latar di gunung ledang. kreatif bukan?

kata sm, oh ya - prop air terjun terkoyak. cuba juga mencari-cari. di mana ya?

ada lagi. babak bayan - part bunuh diri (uh, sm dah cerita - ya kawe pun suka. dramatik dengan kesan cahaya dan sebagainya.) masih ingat scene ini di movie?

mahu lagi?

ah, kawe suka stephen bernyanyi. suaranya lantang dan adakalanya gemersik juga - teralun seketika. tiara? nyanyiannya juga indah. puteri jawa ini telah membuktikan dia juga boleh bernyanyi! *terbayang babak mereka di atas 'bukit' sewaktu menyaksikan keindahan 'malam'... uh, begitu asyik dan damai sekali.

jika ada yg mengatakan si stephen ni tak bleh ckp melayu, baik anda tarik balik kata-kata anda sekarang. so far apa yg dapat kawe saksikan selain dr bleh menyanyi dengan cemerlang, slang melayu dulu-dulu dia pun ok (but still, ada part yg masih boleh dimaafkan).

ok la. dah kawe bagitau awal2 tadi, kawe bukanlah nak mengulas ttg teater ini panjang lebar. sekadar berkongsi cerita sedikit-sebanyak. terus-terang kawe bukanlah peminat teater seratus-peratus. namun jika punya kesempatan, kawe tidak punya alasan untuk tidak pergi menonton. tp percayalah - pgltm nie sebuah produksi yg baik. setakat ini kawe paling enjoy puteri hang li po - masih! sountracknya juga bagus - kredit to pak ngah (ops! teriklan plak).

jumpa lagi!

0 comments: