
actually pic2 nih kawe snap minggu lepas masa gi putraheight. kebetulan dah lama tak pi jalan rumah ayah su. sampai aja ayah su ajak pi beli makanan kat pasar malam. kawe, ayah su, pok ngoh dan pak chu seong (bukan nama sebenar) menapak ke pasar malam yg letaknya tak le jauh sgt kira-kira sepelaung je dr rumah.

teringat pulok time makan nasi ngan petai budu kat tangga simen rumah mok yu dulu-dulu. duh, selera sgt!

oh, yer. ada beberapa perkara kawe nak tekankan kat sini. pada ahli yg baru tahu pasal blog ni selamat datang kawe ucapkan. moga kedatangan anda semua dapat memeriahkan lagi blog MCC nih. kawe faham budaya blog ini masih baru - maaf jika ada kekurangan di sana-sini. maybe blog yg kawe buat nie simple aje tp besar maknanya terutama sekali buat ahli MCC sendiri. di sini kita dapat 'bertemu muka' dan bertukar-tukar cerita.

diharapkan ruangan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya. buat baba long, jangan lupa pula e-mel cerita-cerita kat kawe lepas nie ya!
satu lagi, pasal trip camping ke sg. congkak hujung minggu nanti. dukacita kawe maklumkan pada ahli MCC semua esp buat ayah su, kawe berkemungkinan besar tak dpt turut serta (exam lagi ke?) untuk program kali nie - habis la kena ngan uncle man pas nih!
ya, ampun! bukan sengaja, kawe terlibat dengan majlis minggu orientasi junior selama tiga hari. harap semua memahami. pada yg terlibat, selamat bercamping dan jangan lupa, gambar2 dan catatan di sepanjang camping itu nanti yer - sue, pls!
erm, apa lagi...
ttg link2 kat bawah tuh. kawe tgok tak ramai yg klik atau menggunakan link2 yg kawe letak kat bawah tu sepenuhnya. maybe tak perasan. mulai hari ni, kawe mintak kerjasama semua ahli, sila e-mel or bagitau kawe link2 kegemaran atau pautan web yg selalu kalian masuk. bukan apa, senang kawe masuk dan gantikan ngan link baru nanti.
entry harijadi.
kepada yg telah menyambut hari jadi bagi bulan febuari - maaf juga yer sbb tak sempat nak wish kat blog ni dan buat entry. rajin2 la tgok birthdate ahli2 kat tepi tuh yg kawe dah masukkan. maybe lepas nie insyallah kawe akan buat entry setiap kali harijadi. sekurang-kurangnya walaupun takde kek or party, org yg celebrate birthday tuh akan rasa lebih dihargai lebih2 lagi oleh family sendiri.
ok la kawe gerak dulu lah yer. kang lama plak berceloteh kat sini.
"hari ini kita bersama,
esok lusa tentu pasti.
berpecah tiada dipinta,
bergerak satu famili."
kawe@MCC
0 comments:
Post a Comment