
now hampir ke pukul 3.30 pagi. ntah kenapa mata kawe masih lom ngantuk time2 gini. tgh siapkan keje sebenarnya. tiba-tiba teringat ttg gambar2 yg kawe amik masa balik ke tanah merah 2 minggu lalu. gambar2 nie kawe snap masa kat kedai wan long (pasarmini kasturi).

sepanjang hampir sejam kawe lepak di situ, org yg datang tak putus2. tak menang sebenarnya. dr anak-anak kecil hinggalah ke orang tua.
"kak, berapa sebungkus nih?".
"seghiiya*, dik...".
*seringgit
murah bukan?

tepuk dada, tanya selera la kan.
berbalik citer pasal kedai wan long tadi, ni nak citer sejarah sikit. asalnya, pasarmini kasturi dibuka oleh ciknah. so now telah diambil alih oleh wan long. walaupun kedainya simple dan 'biasa-biasa' saja, tapi disebabkan oleh lokasinya yg strategik dan nama 'wan long' sendiri yg mmg dah dikenali oleh org kg, maka pasarmini berkenaan nyata menjadi pilihan utama.
pengalaman melihat kegigihan wan long dan anak-anaknya memberi kawe satu seribu macam rasa. awal2 pagi dah start berniaga, buka kedai dsbg nya. itu adalah sebahagian dr secebis kisah kehidupan sebenarnya. dr zaman mengajar di tadika hinggalah mempunyai bussiness kedai sendiri, terlalu byk pahit-maung yg telah wan long lalui. berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul. maaf, kawe bukanlah nak fokus pada cerita kesedihan - sekadar flashback.
kawe harap, pasarmini wan long akan bertambah maju mudah-mudahan. maybe sebaik sahaja selesai 2 perkara - rumah siap & wedding kak A. to wan long, wish u all the best!!
0 comments:
Post a Comment