Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Friday, July 28, 2006

Alfatihah Buat Babalong...

honestly, otak kawe masih di kg lagi. ikutkan hati, berat untuk balik semula ke kl. namun disebabkan tanggungjawab kerja yg telah diamanahkan, ditambah ada beberapa perkara yg perlu diberikan perhatian, kawe kuatkan hati...


"shah, life must go on...".

dr kg, kawe bertolak kira-kira jam tujuh malam tadi . keretapi lewat beberapa jam disebabkan masalah enjin. kawe terlewat ke ofis. oh, oh - ted, PA manager kata ada meeting dengan tourism di PWTC. kawe rush ke sana.

"you masuk ofis tak hari ni?".

"insyaallah. but maybe lambat sket. i nak balik rumah dulu. inform nirv ya...".

sampai sahaja di rumah, kawe gegas ke meja komputer. cuba-cuba untuk check beberapa e-mel yg masuk. namun mood kawe agak tawar untuk membaca apa-apa. kawe membuka beberapa fail yg mengandungi foto-foto keluarga. terselit beberapa keping gambar arwah babalong. airmata kawe kembali menitis perlahan. kawe gagal mengawasi emosi sendiri. biarlah. di sini tiada siapa-siapa yg kawe malukan.

ralat sebenarnya.

25 hb. kawe di ofis. waktu itu hari beransur petang. kawe menerima sms dr babalong kira-kira jam 6.30 petang. ada masalah kecil di blog. selalunya begitulah. babalong ni mmg rajin masuk blog. hampir setiap hari. ada sahaja komen atau saranan beliau untuk memantapkan MCC. terus-terang, kawe puas bila babalong seperti gembira dengan apa yg telah kawe lakukan. sekurang-kurangnya beliau tidak bosan di kg dan boleh mengetahui berkenaan berita ahli keluarga yg lain di KL. pada kawe, babalong lah nadi penggerak blog ini. kerana dia, kawe jadi bersemangat untuk menyumbangkan idea dan berhempas-pulas bagi merealisasikan blog ini.

kami chatting berdua di MCC hingga ke hampir jam tujuh. babalong cukup gembira hari itu kerana artikel hasil tulisan beliau di ruangan forum utusan malaysia telah disiarkan. hampir dua minggu babalong menunggu-nunggu penyiaran artikel berkenaan. sayang beliau tidak sempat membacanya sendiri di utusan. apa pun membaca komen2 para pembaca malaysia di ruangan tagboard sudah cukup membuatkan beliau berpuas hati. sekurang-kurangnya artikel beliau telah mendapat respon yg baik dan menjadi penyedar kepada masyarakat. tiba-tiba babalong senyap. saya mengerling jam. hampir ke waktu marghib.

"ah, maybe babalong tgh bersiap-siap ke surau barangkali." kawe membuat andaian.

tidak kawe sangka itulah perbualan terakhir secara online antara kawe dengan babalong kerana tak sampai setengah jam kemudian, kawe menerima panggilan dr kg mengatakan babalong sakit tenat dan telah dimasukkan ke hospital. kawe terus jadi tak tentu arah. hilang fokus untuk membuat kerja.

dr ofis, kawe gegas ke rumah kak long di ampang.

"mana aju semua?", tanya kawe.

"on the way...". kawe lihat kak long begitu resah masa tu. kawe faham. hati kawe pun rasa lain macam.

setengah jam lebih kurang, imi, aju dan uni sampai. dengan sehelai sepinggang (baju ofis), kawe, kak long, aju dan yg lelain terus gegas ke tol gombak - di sana beberapa org ahli keluarga yg lain telah sedia menunggu kedatangan kami.

sue, mak cik kawe menerpa...

"shah, babalong dah takde...".

kawe rasa cam nak jatuh terduduk waktu itu juga.

Al-Fatihah...

Friday, July 21, 2006

Promo : Meeting Malaysia 2006


Acara : Meeting Malaysia 2006
Tarikh : 27 & 28 September 2006
Tempat : Hall 1, Barbican Exhibition Centre, London, United Kingdom

“Meeting Malaysia 2006” adalah acara di mana sektor MICE (meetings, incentives, conference and exhibition) merupakan sasaran utama dalam menyokong pelan kerajaan Malaysia untuk meningkatkan jumlah pelacong koperat asing pada tahun 2007 yang semakin pesat sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 dan juga ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke-50.

Dengan adanya pameran “Meeting Malaysia 2006” ini adalah dipercayai ianya akan dapat membantu dalam memperkenalkan budaya dan adat resam kita serta teknologi terkini yang wujud di Malaysia kepada para pelancong asing. Dalam masa yang sama, mewujudkan rasa minat kepada para pelancong dan juga pelabur-pelabur asing.

Acara “Meeting Malaysia 2006” ini akan dirasmikan oleh Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Menteri di Kementerian Pelancongan) bersama Lord Mayor of London. Surat jemputan untuk merasmikan acara Meeting Malaysia kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telahpun diserahkan.

Buat pengetahuan pihak anda, acara “Meeting Malaysia 2006” juga akan diselitkan dengan elemen-elemen hiburan dan kebudayaan dari kedua-dua belah Negara, Malaysia dan United Kingdom, di mana dari Malaysia akan diterbangkan penghibur Zainalabidin, Adibah Noor, & kumpulan OAG, pengacara terkenal Sarimah Ibrahim dan Nazrudin Rahman, pereka fesyen yang bakal menjadi sebutan, Wan Marzuki Wan Daud, penari kebudayaan dari Maltra Sutra Dance Troupe dan ramai lagi. Dari bahagian United Kingdom, penyanyi terkenal James Blunt dan Sugarbabes serta selebriti sepeti Calum Best dan Steven Gerard, pemain bolasepak Liverpool/skuad England juga akan hadir.

Acara ini juga akan mendapat liputan dari media massa yang terkemuka dari Eropah seperti The Times (UK), Financial Times, Die Welt (Jerman), Le Monde (Perancis), The London Evening Standard (UK), The Metro (UK), The Daily Telegraph (UK), The Times and Financial Times (UK), media massa perdagangan seperti ITCM, Business Travel Magazine, Prestige Events Magazine, Travel Trade Gazette dan majalah terkenal sepeti Vogue, Elle dan sebagainya. Meeting Malaysia 2006 juga akan mendapat liputan oleh media massa tempatan.

Horizon Bespoke Events Solution Limited

Congress Centre Great Russell Street London WC1B 3LS
Tel : +44 (02) 20 7323 2017 (UK) Tel/Fax : +603-4270 5591 (M’sia)

Friday, July 14, 2006

CUTI SEKOLAH TAK SAMA DENGAN CUTI IPT - BAGAIMANA NAK ERATKAN KELUARGA PENYAYANG

(Atikel ini bblong hantar ke Forum Utusan Malaysia-entah akan siar atau tidaknya)


Saudara Pengarang,

Rumpun keluarga kami membentuk satu kelab dinamakan "Membunga Clan Club" (MCC) sejak 2002. Setiap tahun kami adakan hari keluarga out-door seperti berkhemah dipantai selama 3/4 hari. Bermacam-macam aktiviti pengisian diadakan besesuaian dengan umur keluarga. Ahli MCC yang dapat hadir setiap kali lebih kurang 150 orang kecil besar tua dan muda dengan kesemuanya memakai satu uniform sukan khas kami sendiri. Cukup bahagia dan meriah siap dengan video CD kami sendiri .

Kami baru menyediakan laman web kami sendiri, www.membungaclanclub.blogspot.com siap dengan ruang cit-catnya supaya semua anak-anak kami yang sedang belajar di merata2 dapat menghubungi antara satu sama lain dan mengetahui berita semasa keluarga MCC. Kami juga mempunyai e-mail, mail2mcc@yahoo.com.my

Yang menjadi masaalah setiap tahun ialah memilih hari perkhemahan tersebut supaya setiap keluarga dapat hadir tanpa masalah.

Contohnya tahun ini, kami telah memilih tarikh pada 20, 21 dan 22 Ogos sempena dengan cuti sekolah mulai 18 hingga 26 Ogos 2006, ketika itu belum tahu cuti IPTA-UITM. Tiba-tiba anak-anak kami yang ramainya dari penuntut UITM baru bagi tahu UITM mula bercuti pada 12 hingga 20 Ogos 2006 pula. Anak-anak kami yang menuntut diUITM tidak dapat bersama nampaknya, sekiranya tarikh tidak berubah. Jika ubah tarikh ikut cuti UITM anak-anak yang bersekolah dari luar Kelantan tak dapat ikut bersama pula.

Setiap tahun keluarga MCC kami mempunyai masaalah memilih tarikh. Mungkin berlaku kepada bukan keluarga MCC kami sahaja, apabila untuk mengambil cuti.

Adalah diharapkan pihak kabinet kerajaan memberi saranan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran supaya menyelaraskan tarikh percutian agar ianya jatuh di musim yang sama. Dengan penyelarasan tersebut, rakyat Malaysia dapat bersama membawa anak-anak bercuti dimusim yang sama tarikh percutiannya.

Dalam hal percutian pengajian anak-anak ini, diminta kerajaan mengutamakan dasar keluarga penyayang dari aspek yang lain. Konsep jadual pengajian boleh diubah tarikhnya asalkan tidak berubah isi pengajiannya. Apabila tarikh cuti jatuh pada musim yang sama, dasar keluarga penyayang boleh dilaksanakan dengan berkesan.

Kerajaan menekankan dasar keluarga penyayang, supaya ibu bapa dapat bersama dengan anak-anak dan keluarga tetapi untuk melaksanakan dasar itu pehak kerajaan tidat mengarahkan, dalam hal ini, pihak kementerian contohnya Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran supaya menyelaraskan tarikh percutian mereka agar anak-anak kami yang belajar di IPTA dan di sekolah dapat bersama dalam setiap musim percutian.

Kami dari keluarga MCC adalah sangat-sangat mengharapkan supaya kerajaan memandang "serius" pandangan kami ini demi pembinaan insan satu-satu keluarga untuk negara. Bahagia dan penyayang sesuatu keluarga, akan bahagia dan amanlah sesebuah negara. Ini adalah, sudah tentu, visi negara kami Malaysia.

Mej (B) Hj Wan Abdul Rahman Bin Hj Wan Mahmood
460430-03-5033

Thursday, July 13, 2006

Warna Baru Blog MCC!

a'kum dan salam to semua ahli MCC!! apa khabar semua? pasti semua terkejut bila bukak blog hari ni kan? heh heh heh... ops! jgn panik. anda tak silap blog - ini masih blog MCC. bezanya? kaler aje yg tukar. teringat ayah su pernah sarankan masa meeting kat rumah cik nah dulu untuk tukar kaler blog malah ada juga beberapa orang ahli MCC sendiri yg cakap kaler asal blog MCC tuh gelap sgt dan 'pinar' mata. ok la takpe jgn risau. bukan tak mau tukar before cuma takde masa. busy ngan study (exam bla.. bla...) and keje-keje freelance, plus maybe starting next month kawe mungkin join satu company advertising baru kat sentul. shhhh... tungguuu! hik.

ok, berbalik pada kaler baru blog ni, actually kawe guna balik kaler asal blog lama (layout template) memandang kaler tuh cam sesuai aje dengan suasana MCC sendiri plus kawe fikir semua pun dah biasa ngan kaler2 yg kawe ubah ni. harap semua puas hati dan can get use ngan kaler baru nih. insyallah ada masa nanti kawe buatkan pula banner untuk blog MCC. but for temporary nih, terpaksa la pakai ayat biasa je dulu. ok la, nak pi sambung keje. apa-apa sila berikan komen anda semua kat bahagian "post a comment" kat bawah tu yer...

akhir kata, selamat berhari minggu!! (",)

warna layout blog asal

warna layout blog baru

kawe@MCC

Monday, July 10, 2006

Hobi Tokdy

salam semua. ni adalah pic2 yg sempat kawe amik dr simpanan ayah su. mulanya ingat nak masukkan dalam flickr.com kat bawah tu je memandangkan dah lama tp cam sayang plak kalau tak upload kat sini. at least kita tahu family MCC ni macam-macam ada hobinya dan salah satunya cam ayah su kita ni - berbasikal!

rasanya kawe pernah nonton ayah su masuk pertandingan cycling ni masa kecik2 dulu kat stadium tp tak ingat lah pertandingan apa. kat stadium sultan mohamad kota bharu masa tuh. kalau ada sesapa bleh remind balik tolong ya *thanks!

ok la, jom kita ushar sesama pic2 kat bawah ni sambil minum kopi...

pewww... lawa pose ni. konpem mawi tak leh cari makan jadi model iklan rantai beskal pas nih...

"aiseymannn... terlupa plak nak off suis seterika kat umah tadik... cemana nih..."

pose braderr... jangan tak pose... nak tayang kat blog MCC nih... sure pas nih ada yg nak kenal-kenal ngan kita...

alamakk... sekali luka pulak daaa... ni mesti kes ingat suis seterika tadi...

Buat renungan yang dikasihi sekalian.....

Kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

Adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan: Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.

2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.

3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.

4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll. Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan “Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik”. Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu ia kembali ke rumah, dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu. Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.

Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari ISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya, iaitu:

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita (pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahwa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, Amin.

Semuga paparan ini mendorong kita ke arah sentiasa mengingati Allah SWT dalam melakukan pekerjaan supaya setiap yang dilakukan diberkati Allah SWT... sekian

Sue
10 julai 2006

Wednesday, July 05, 2006

Gambar Pilihan Minggu Ini

hehe. semoga bahagia ke anak cucus dan cicits okkkay?

pilih jgn tak pilih.. single mingle lagik

comel giler okkkaysss ...

p/s: sajer jer angah nak share gegambar neh. enjoy!

by : Angahs