honestly, otak kawe masih di kg lagi. ikutkan hati, berat untuk balik semula ke kl. namun disebabkan tanggungjawab kerja yg telah diamanahkan, ditambah ada beberapa perkara yg perlu diberikan perhatian, kawe kuatkan hati...
"shah, life must go on...".
dr kg, kawe bertolak kira-kira jam tujuh malam tadi . keretapi lewat beberapa jam disebabkan masalah enjin. kawe terlewat ke ofis. oh, oh - ted, PA manager kata ada meeting dengan tourism di PWTC. kawe rush ke sana.
"you masuk ofis tak hari ni?".
"insyaallah. but maybe lambat sket. i nak balik rumah dulu. inform nirv ya...".
sampai sahaja di rumah, kawe gegas ke meja komputer. cuba-cuba untuk check beberapa e-mel yg masuk. namun mood kawe agak tawar untuk membaca apa-apa. kawe membuka beberapa fail yg mengandungi foto-foto keluarga. terselit beberapa keping gambar arwah babalong. airmata kawe kembali menitis perlahan. kawe gagal mengawasi emosi sendiri. biarlah. di sini tiada siapa-siapa yg kawe malukan.
ralat sebenarnya.
25 hb. kawe di ofis. waktu itu hari beransur petang. kawe menerima sms dr babalong kira-kira jam 6.30 petang. ada masalah kecil di blog. selalunya begitulah. babalong ni mmg rajin masuk blog. hampir setiap hari. ada sahaja komen atau saranan beliau untuk memantapkan MCC. terus-terang, kawe puas bila babalong seperti gembira dengan apa yg telah kawe lakukan. sekurang-kurangnya beliau tidak bosan di kg dan boleh mengetahui berkenaan berita ahli keluarga yg lain di KL. pada kawe, babalong lah nadi penggerak blog ini. kerana dia, kawe jadi bersemangat untuk menyumbangkan idea dan berhempas-pulas bagi merealisasikan blog ini.
kami chatting berdua di MCC hingga ke hampir jam tujuh. babalong cukup gembira hari itu kerana artikel hasil tulisan beliau di ruangan forum utusan malaysia telah disiarkan. hampir dua minggu babalong menunggu-nunggu penyiaran artikel berkenaan. sayang beliau tidak sempat membacanya sendiri di utusan. apa pun membaca komen2 para pembaca malaysia di ruangan tagboard sudah cukup membuatkan beliau berpuas hati. sekurang-kurangnya artikel beliau telah mendapat respon yg baik dan menjadi penyedar kepada masyarakat. tiba-tiba babalong senyap. saya mengerling jam. hampir ke waktu marghib.
"ah, maybe babalong tgh bersiap-siap ke surau barangkali." kawe membuat andaian.
tidak kawe sangka itulah perbualan terakhir secara online antara kawe dengan babalong kerana tak sampai setengah jam kemudian, kawe menerima panggilan dr kg mengatakan babalong sakit tenat dan telah dimasukkan ke hospital. kawe terus jadi tak tentu arah. hilang fokus untuk membuat kerja.
dr ofis, kawe gegas ke rumah kak long di ampang.
"mana aju semua?", tanya kawe.
"on the way...". kawe lihat kak long begitu resah masa tu. kawe faham. hati kawe pun rasa lain macam.
setengah jam lebih kurang, imi, aju dan uni sampai. dengan sehelai sepinggang (baju ofis), kawe, kak long, aju dan yg lelain terus gegas ke tol gombak - di sana beberapa org ahli keluarga yg lain telah sedia menunggu kedatangan kami.
sue, mak cik kawe menerpa...
"shah, babalong dah takde...".
kawe rasa cam nak jatuh terduduk waktu itu juga.
Al-Fatihah...
1 comments:
TEH SEKELUARGA DARI USJ MENGUCAPKAN TAKZIAH KPD MAMA LONG DI ATAS PEMERGIAN BABA LONG YANG DIKASIHI.SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA SOLEHIN.TEH DAN AYAH TEH SUNGGUH TERKILAN KRN X SMPT MENATAP WAJAHNYA BUAT KALI TERAKHIR KRN LMBT TIBA PD HARI ITU.KAMI TIBA DI PUSARA DISAAT ARWAH TELAH DISEMADIKAN.UNTUK MAMA LONG TABAHKAN HATI.KAMI SENTIASA BERSAMAMU..
Post a Comment