Friday, July 14, 2006

CUTI SEKOLAH TAK SAMA DENGAN CUTI IPT - BAGAIMANA NAK ERATKAN KELUARGA PENYAYANG

(Atikel ini bblong hantar ke Forum Utusan Malaysia-entah akan siar atau tidaknya)


Saudara Pengarang,

Rumpun keluarga kami membentuk satu kelab dinamakan "Membunga Clan Club" (MCC) sejak 2002. Setiap tahun kami adakan hari keluarga out-door seperti berkhemah dipantai selama 3/4 hari. Bermacam-macam aktiviti pengisian diadakan besesuaian dengan umur keluarga. Ahli MCC yang dapat hadir setiap kali lebih kurang 150 orang kecil besar tua dan muda dengan kesemuanya memakai satu uniform sukan khas kami sendiri. Cukup bahagia dan meriah siap dengan video CD kami sendiri .

Kami baru menyediakan laman web kami sendiri, www.membungaclanclub.blogspot.com siap dengan ruang cit-catnya supaya semua anak-anak kami yang sedang belajar di merata2 dapat menghubungi antara satu sama lain dan mengetahui berita semasa keluarga MCC. Kami juga mempunyai e-mail, mail2mcc@yahoo.com.my

Yang menjadi masaalah setiap tahun ialah memilih hari perkhemahan tersebut supaya setiap keluarga dapat hadir tanpa masalah.

Contohnya tahun ini, kami telah memilih tarikh pada 20, 21 dan 22 Ogos sempena dengan cuti sekolah mulai 18 hingga 26 Ogos 2006, ketika itu belum tahu cuti IPTA-UITM. Tiba-tiba anak-anak kami yang ramainya dari penuntut UITM baru bagi tahu UITM mula bercuti pada 12 hingga 20 Ogos 2006 pula. Anak-anak kami yang menuntut diUITM tidak dapat bersama nampaknya, sekiranya tarikh tidak berubah. Jika ubah tarikh ikut cuti UITM anak-anak yang bersekolah dari luar Kelantan tak dapat ikut bersama pula.

Setiap tahun keluarga MCC kami mempunyai masaalah memilih tarikh. Mungkin berlaku kepada bukan keluarga MCC kami sahaja, apabila untuk mengambil cuti.

Adalah diharapkan pihak kabinet kerajaan memberi saranan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran supaya menyelaraskan tarikh percutian agar ianya jatuh di musim yang sama. Dengan penyelarasan tersebut, rakyat Malaysia dapat bersama membawa anak-anak bercuti dimusim yang sama tarikh percutiannya.

Dalam hal percutian pengajian anak-anak ini, diminta kerajaan mengutamakan dasar keluarga penyayang dari aspek yang lain. Konsep jadual pengajian boleh diubah tarikhnya asalkan tidak berubah isi pengajiannya. Apabila tarikh cuti jatuh pada musim yang sama, dasar keluarga penyayang boleh dilaksanakan dengan berkesan.

Kerajaan menekankan dasar keluarga penyayang, supaya ibu bapa dapat bersama dengan anak-anak dan keluarga tetapi untuk melaksanakan dasar itu pehak kerajaan tidat mengarahkan, dalam hal ini, pihak kementerian contohnya Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran supaya menyelaraskan tarikh percutian mereka agar anak-anak kami yang belajar di IPTA dan di sekolah dapat bersama dalam setiap musim percutian.

Kami dari keluarga MCC adalah sangat-sangat mengharapkan supaya kerajaan memandang "serius" pandangan kami ini demi pembinaan insan satu-satu keluarga untuk negara. Bahagia dan penyayang sesuatu keluarga, akan bahagia dan amanlah sesebuah negara. Ini adalah, sudah tentu, visi negara kami Malaysia.

Mej (B) Hj Wan Abdul Rahman Bin Hj Wan Mahmood
460430-03-5033

0 comments: