Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Friday, December 29, 2006

KL Hop-On Hop-Off : Menarik Tapi Mahal

KUALA LUMPUR 28 Dis.– Perkhidmatan bas persiaran bandar raya dua tingkat pertama negara KL Hop-On Hop-Off memulakan operasinya hari ini dengan memberikan perkhidmatan percuma untuk tiga hari pertama perkhidmatannya hingga Sabtu ini.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang melancarkan perkhidmatan bas itu berkata, ia diharap dapat memudahkan lebih ramai pelancong mengunjungi tempat menarik di sekitar ibu negara.

“Selain sasaran utamanya iaitu pelancong asing, perkhidmatan bas ini juga diharap dapat menarik minat pelancong domestik untuk melancong di sekitar Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran berkenaan.

KL Hop-On Hop-Off yang dikendalikan Syarikat Elang Wah Sdn. Bhd. menerapkan konsep naik dan turun pada bila-bila masa di sepanjang litar perjalanannya.

Tengku Adnan yang kemudiannya menaiki bas itu mengalu-alukan perkhidmatannya yang turut mesra kepada golongan kurang upaya.

“Menerusi kemudahan yang ada, golongan tersebut turut berpeluang melawat destinasi di sekitar ibu negara,” katanya.

Beliau berharap perkhidmatan itu akan diperluas ke tempat lain seperti Langkawi, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching sebagai daya tarikan tambahan industri pelancongan di lokasi berkenaan.

Menurut Pengarah Urusan Elang Wah Sdn. Bhd., Syed Azhar Syed Nadzri. KL Hop-On Hop-Off menyediakan laluan yang menghubungi 42 destinasi pelancongan menarik di sekitar Kuala Lumpur antaranya Istana Negara, Masjid Negara, Taman Burung, Taman Orkid dan Taman Tasik Titiwangsa.

Penumpang boleh menaiki bas sepanjang satu pusingan perjalanan yang mengambil masa kira-kira 45 minit kerana tiket yang dibeli sah selama 24 jam.

“Buat permulaan, empat buah bas akan beroperasi sepenuhnya mulai hari ini dan enam buah lagi akan ditambah menjelang pertengahan tahun depan,” kata Syed Azhar.

Beliau mensasarkan 500 penumpang menggunakan kemudahan itu dalam sehari.

Bas persiaran bandar raya yang mempunyai 60 tempat duduk itu akan beroperasi setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 8.30 malam dengan kekerapan setiap 30 minit.

Harga tiket yang dikenakan ialah RM38 untuk dewasa, RM17 untuk kanak-kanak dan warga emas serta percuma untuk kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah. Tiket boleh didapati di kaunter khas, hotel serta agensi pelancongan terpilih.

Bernama

Thursday, December 28, 2006

Gempa jejas internet

Oleh Zainab Yatim dan Hanneeyzah Bariah Baharin (Petikan Akhbar Berita Harian, 28 Disember 2007)


Gegaran di barat daya Taiwan rosakkan kabel dasar laut APCN2


KUALA LUMPUR: Perkhidmatan internet antarabangsa termasuk di Malaysia mengalami gangguan teruk apabila kabel dasar laut Asia Pasifik Rangkaian 2 (APCN2) terputus ekoran gempa bumi di barat daya Taiwan, kelmarin. Berikutan itu, lebih 3.8 juta pelanggan internet di negara ini mengalami kesukaran melayari laman web yang berpangkalan di luar negara, terutama Amerika Syarikat (AS), Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan dan Eropah.


Kerosakan kabel di persisiran pantai selatan Taiwan itu turut mengganggu 98 peratus daripada kapasiti perkhidmatan telefon kepulauan itu dengan Malaysia, Singapura, Thailand dan Hong Kong.


Telekom Malaysia Bhd (TM), dalam kenyataan semalam berkata gempa bumi di Taiwan itu mengakibatkan kerosakan sistem kabel dasar laut termasuk APCN, APCN2, SEA-ME-WE3, CUCN dan FLAG. Kerosakan itu menyebabkan perkhidmatan panggilan antarabangsa ke Taiwan, Jepun, China, Hong Kong, Korea dan Amerika Syarikat terjejas.


TM Net Sdn Bhd pula memaklumkan, perkhidmatan internetnya mengalami gangguan prestasi berikutan sambungan talian sesak dan melampau di beberapa jaringan internet antarabangsa semalam. Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata ia sudah mengambil tindakan segera dengan mengalih laluan trafik ke jaringan sokongan lain bagi mengurangkan kesesakan.


“Pengguna internet di Malaysia dan bahagian lain di negara ini mungkin mengalami sedikit penangguhan dalam mengakses kandungan laman web berpangkalan di luar negara, terutama di AS, Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan dan Eropah,” katanya. TM Net menjelaskan, gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter di pantai selatan Taiwan malam kelmarin menyebabkan gangguan pada kabel APCN2 antara Shantou, China dan Tanshui, Taiwan serta Lantau, Hong Kong dan Chongming, China.


“Ia menyebabkan sambungan internet yang melampau pada talian internet TM Net International secara sambungan transit atau pemula, terutama ke negara yang disebutkan,” katanya. Pelanggan boleh menghubungi Pusat Interaksi Pelanggan TM Net di 1-300-88-9515 (24 jam) atau 1-300-88-1515 dari 8 pagi hingga tengah malam atau e-mel ke custcare@tm.net.my untuk pertanyaan lanjut.

Monday, December 25, 2006

Wallpaper Baru!


arahan : sila klik pada gambar untuk membuka window baru. klik kanan (save as) untuk menyimpan (save). terima kasih!

Saturday, December 09, 2006

Saturday, November 25, 2006

Thursday, November 23, 2006

Tuesday, November 14, 2006

Eksklusif! Cover VCD Rakaman Rasa... Hari Keluarga MCC 2005

Muka depan

pandangan keseluruhan kulit luar


pandangan keseluruhan kulit dalam



sedikit penerangan tentang cover...

warna - pasti ramai yg tertanya-tanya. shah, kenapa hitam? sengaja kawe memilih tema hitam dan gambar2 tanpa warna kerana ianya nampak lebih klasik dan bernilai sentimental, sesuai dengan konsep vcd ini... sesuatu yg berharga dan bisa dijadikan kenangan bersama. pastinya tak lapuk dek panas, dan tak lekang dek hujan.

tajuk - rakaman rasa. ia merupakan sebuah paparan visual berkaitan dengan rasa dan perasaan setiap anggota keluarga MCC sendiri selain dr memperjelaskan lagi maksud kandungan visual yg meluahkan keseluruhan intipati dan organisasi. sebuah rakaman yg tulus dan santai namun masih mempunyai nila-nilai kekeluargaan yg kuat.

itulah dua perkara utama yg kawe titik beratkan semasa mereka cover vcd ini. dalam keadaan masa yg terhad - kawe cuba yg terbaik. simple namun still look nice. terpulang lah pada mata yg memandang.

apa pun vcd ini akan mula diedarkan selewat-lewatnya raya haji nanti. kepada yg telah memberi nama, jgn risau. sue dah selaku pengedar tak rasmi akan menyampaikan vcd ini... eksklusif dan khas untuk anda.

harganya?

seperti yg semua sudah sedia maklum - rm21 sahaja. dan oh, sebanyak rm2 akan disalurkan kepada tabung kelab. so jangan lupa, kepada yg masih ingin membuat pesanan masih boleh memberikan nama selewat-lewatnya kepada sue dah sebelum hujung bulan ini.

sekian, terima kasih.

Monday, November 13, 2006

Renungan : Malam Pertama By Nek Sue

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

Thursday, November 09, 2006

Saturday, November 04, 2006

Iklan! Roti Jala Sedap


ini pula adalah sample iklan yg kawe dah create untuk promosi roti jala cik wan. sesaja je wat mana tahu bleh jual kan... tak salah tolong-tolong mak sedara sendiri... lagipun sedap apa roti jala yg cik wan buat tu, itu blom lagi masuk nasi lemak, kuih raya, kek, pastri... bleh kata asal kena air tangan cik wan aje sure menjadik. heh heh heh.... (ini bukan komplot dapat duit raya lebih yer...)

btway, kawe dan MCC sekalian doakan moga bussiness roti jala cik wan ni tambah menjadi-jadi lagi pas ni... mudah-mudahan....

p/s : jgn lupa beli vcd pulok...

Wallpaper Aidilfitri


a'kum semua....

ini ada kawe buatkan sebuah wallpaper khas sempena dengan hari raya kali ini. walaupun dah hampir dua minggu kita menyambut aidilfitri kawe yakin mood raya tu masih ada. thx to aju untuk gambar-gambar yg diambil. pada yg nak save or set sebagai desktop tu, klik aje kat gambar kat atas tu then save aje la cam biasa. enjoy!

Tuesday, October 31, 2006

Warni-Warni Aidilfitri


*kredit to aju

Thursday, October 19, 2006

Buka Puasa With RED KEBAYA @ Gin Ger


jumaat lepas, kawe dan aju ke buka puasa sama team produksi "the red kebaya" di restoran ging ger, yg terletak di jalan yap kwan seng. jemputan ni kawe dapat melalui ismaa yusoff, seorang graphic designer yg juga jurugambar bebas, merangkap sifu kawe. isma juga adalah pereka poster filem ini (boleh tengok kat tepi, kanan - PROMO)

kawe ke sana dengan sultanmuzaffar. dr klcc kawe tumpang kereta dia sama sorang lagi member. sebelum berbuka, pihak produksi telah menayangkan klip-klip menarik serta trailer filem ini yg bakal menjengah pawagam bulan depan.

#para pelakon terlibat bergambar kenangan selepas acara berbuka puasa

#jurugambar pun tak nak lepaskan peluang snappy2 nampaknya...

#sesi borak2 selepas berbuka sama samantha schubert

pada kawe, ceritanya not bad juga. ada few scene yg lain dan lari dr naratif filem melayu biasa. kebetulan pula orang yg bertanggungjawab melakukan editing untuk the red kebaya ini adalah org yg sama bagi filem puteri gunung ledang. memang nampak kreatif dan sinematografinya - cantik sangat! kalau nak tau kena la tontonnya sendiri nanti ya. kawe sama aju dah pun dpt jemputan ke premier pada 14 november nanti. insyallah untuk ulasan lebih lanjut, best ke tak best citer ni akan kawe bagitau selepas tayangan perdana tu nanti. actually mmg banyak filem2 melayu yg bagus yg bakal berentap di pawagam hujung tahun nanti. antaranya, dukun (based on cerita mona fandey) dan cinta. dua filem melayu yg kawe rasa patut semua tengok. bila lagi nak sokong industri filem sendiri kan?

okay la, kawe malas nak tulis panjang2 kali ni. maklumlah semua dah dlm mood raya kan now. ingat kampung doh semua. *kredit to aju untuk gambar2 kat atas tu. dan, khas untuk semua, sempena ngan raya nih, kawe gantikan lagu tema MCC seketika ngan lagu 'kepulangan yang di nanti' dr aman shah. sesuai lah untuk warga MCC yg nak balik (or maybe dah balik pun!) kampung nanti. pada yang memandu tuh, hati2-hati la deh. jangan rushing, takkan lari ketupat dan lemang tuh!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!

maaf zahir & batin,

salam penuh kemaafan...

kawe@MCC

Friday, October 13, 2006

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya.

" Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan agaimanakah yang hebat bagi mayat?"

Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!" Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya."

Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memmandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya.

Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut."

Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh.

"Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka.

Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat,"Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Dulu baba pernah bercerita...

Kisah Tiram dan Ikan Emas

Jangan jadi seperti ikan emas... Cantik dipandang mata, jadi bahan hiasan di mana-mana.. Sesiapa sahaja boleh membelinya.. sangat murah harganya... Disimpan di akuarium, tetapi apabila mati, jadi makanan kucing... Tak ada nilai.....

Jadilah seperti TIRAM..... Duduk diam di dasar lautan... Hanya yang berani dan pandai boleh mengambilnya.... Kerana itu tinggi nilainya....

P/S: Al-fatihah buat baba tersayang.. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

Salam rindu,

-Nini-

Monday, October 09, 2006

Al-Quran Online

Sudah dua minggu umat Islam berpuasa untuk tahun ini dan dua minggu lagi Syawal pula akan tiba. Sebahagian daripada kita akan merasa gembira kerana Aidil Fitri sudah semakin hampir tetapi ada juga yang merasa sedih sebab masa untuk mendapat ganjaran beribadat di bulan yang mulia sudah semakin singkat.

Di antara cara untuk kita menambahkan ibadat di bulan Ramadhan ini ialah dengan membaca Al-Quran. Sekarang ini walaupun tiada kitab suci itu bersama-sama, kita tetap boleh membacanya melalui komputer samada menggunakan CD ataupun internet.

Salah satu laman web yang menyediakan kemudahan Al-Quran di internet boleh didapati di Quran Explorer. Al-Quran yang disediakan di laman web ini dibuat dalam bentuk flash dan ini membolehkan ianya digunakan dengan lebih baik. Di sini kita bukan sahaja boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran serta terjemahannya tetapi boleh mendengar kedua-duanya. Kita juga boleh memilih untuk mendengar mana-mana ayat atau surah atau sebahagian daripadanya dengan mudah.

Rebutlah peluang untuk beribadat di bulan Ramadhan ini kerana tahun hadapan belum tentu lagi kita akan dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini.

Zakat


Belum bayar zakat...silalah berbuat demikian secepat mungkin.. Jumaat lepas, aku solat Jumaat kat Masjid As-Syakirin KLCC. Setelah habis berwuduk, masuklah ke dalam masjid. Di hadapan tersusun 3 meja bersama 3 org dengan dituruti beberapa orang berbaris dihadapan mereka. Tiba waktunya menunaikan zakat. Tergerak hati nak menunaikan zakat masa tu. So, aku pun berbarislah. tgh2 berbaris, kawan universiti, Zahirin tegur. Kurus gile mamat ni. Walaupun bekerja di syarikat yang sama, Schlumberger tapi tak pernah nampak sbb masing2 bekerja di bahagian segmen yang berlainan. Aku SIS, Zahirin Drilling. Tgh berborak-borak, maka tibalah giliran aku. Ustaz kut orang yang bakal menerima zakat aku ni. Aku pun duduk. Ustaz bertanya, berapa orang..aku start mengira...aku jawab "5". Fuhhh...tak sangka...rupanya aku menanggung 5 orang...cepat sungguh masa berlalu. First2 zakat terus 5 orang... Sayu gile hati....sayu sangat...adakah aku mampu menanggung 5 orang ini..atau aku sekadar hanya berdiri sebagai pembayar zakat?


*catatan dan gambar - credit to wan-zul.fotopages.com

Tuesday, October 03, 2006

Mesej dari Thailand bhg.3

oleh Ayah Ngah

*kisah ini adalah sambungan dr Mesej dari Thailand bahagian 1 & 2 yang ditulis oleh Ayah Ngah sendiri sempena dengan lawatan beliau ke Thailand baru-baru ini. Semoga kita sama-sama mendapat pengajaran dan manfaat yg berguna darinya. InsyaAllah...

Suatu masa dahulu kita adalah setanding dengan Thailand dalam berbagai bidang walaupun ada kadangkala dianggap Thailand berada dibelakang kita. Tanggapan bahawa Thailand masih dibelakang kita adalah suatu kesimpulan yang dibuat oleh orang yang ‘berfikiran tradisional’ yang menganggap bahawa keadaan di Selatan Thailand sudah pun mewakili keseluruhan negara itu. Ayahngah tidak berminat untuk mengulas hal ini kerana generasi MCC semua boleh membaca buku ‘Teknik Berfikir’ tulisan Ainon….tetapi ayahngah ada satu persoalan yang perlu direnungi oleh semua. Kenapakah Thailand sekarang ini berada dihadapan kita dalam banyak bidang?. Kenapakah buah buahan dari Thailand memenuhi ruangan dan gerai di pasar pasar umum? Kenapa ada durian dari Thailand, kenapa ada limau dan mempelam dari Thailand? Ayahngah ada menyatakan dalam tulisan ini bahawa Thailand mempunyai tanah yang subur, tetapi keadaan tanah bukanlah satu satunya faktor yang memberikan hasil yang tinggi dan bermutu. Dalam bidang ayahngah sendiri pun turut dipersoalkan dimana sebahagian besar daging lembu yang menjadi hidangan harian kita adalah juga berasal dari lembu hidup yang dibawa masuk dari Thailand. Sekarang ini Thailand mencapai kegemilangan di arena sukan seperti sepaktakraw, badminton, yang dulunya Thailand dikenali sebagai ‘underdog’, bolasepak dan sukan padang (Track events). Dua puluh tahun yang lampau pasukan bolasepak kita saling menyumbat gol dengan pasukan Korea Selatan dan Jepun dalam Pesta Bola Merdeka yang merupakan acara tahunan. Tetapi sekarang ini kita sering tunduk kepada pasukan seperti Laos dan Nepal kalau tidak berakhir dengan keputusan seri, sedangkan Jepun dan Korea Selatan terus melonjak hingga ke taraf dunia.

Ayahngah bukan bermaksud hendak menjadikan Thailand sebagai satu satunya negara yang perlu kita contohi seratus peratus kerana negara itu pun ada juga unsur unsur negatif yang bertentangan dengan nilai nilai masyarakat kita. Hanya nilai nilai yang positif perlu diterapkan, diamalkan dan diperkokohkan. Dalam masa yang singkat tidak mungkin dibuat pemerhatian yang menyeluruh dan rasional. Apa yang dialami terasa tersemat disanubari dan perlu rasanya disampaikan dalam bentuk tulisan ini buat renungan semua khususnya ahli ahli MCC.

Ayahngah juga tidak menafikan bahawa generasi sekarang berpelajaran tinggi dan mempunyai minda yang standing diperingkat global hasil dari sistem pendidikan kita yang universal. Semakin ramai generasi MCC sekarang ini melangkah ke IPT dan sebahagiannya telahpun melepasi tahap tertinggi dalam pelajaran (Syabas MCC….!) Ayahngah hanya ingin menyedarkan generasi pelapis, lebih lebih lagi generasi MCC supaya jangan terlena dengan keadaan disekeliling kita, seharusnya anda semua bangkit dan ‘alert’, pikul tanggungjawab, mainkan peranan dan hadapi semua rintangan mengikut kemampuan masing masing. Ayahngah mahukan setiap invidu generasi MCC menpunyai jati diri, dinamik, tanpa mengenepikan nilai nilai murni masyarakat , adat resam dan lebih lebih lagi ajaran agama. Bersepakat…sebulat suara dalam membuat keputusan dan bina satu kelompok keluarga yang padu dan progresif. Jati diri bermula pada setiap individu dan diperkokohkan dalam keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

Bapa kepada Membunga, iaitu Hj. Yaakub, adalah seorang pahlawan yang pernah menyelit kris dipinggang menggadaikan nyawa untuk menentang British suatu masa dulu. Walaupun sudah melewati 5 generasi, ayahngah percaya, walaupun setitik, masih ada darah kepahlawanan yang masih mengalir dalam diri setiap individu generasi MCC. Keturunan pahlawan bukanlah memberi erti bahawa kita adalah hebat dan kuat beradu tenaga atau kekuatan kerana itu semua tidak lagi relevan dizaman ini. Keturunan pahlawan memberi erti semangat, keberanian yang jitu dan sanggup merintangi segala cabaran dalam kehidupan ini tanpa mengenal penat dan lelah. Keturunan pahlawan, semangat pahlawan tentunya mesti diiringi dengan nilai diri dan moral yang tinggi agar dapat dikenali sebagai individu yang mempunyai jati diri. Kerana, walaupun bersemangat, berani tetapi tidak bermoral, individu itu akan hanya dikenali sebagai ‘penyangak’, bukannya pahlawan.

Sempena dengan kepulangan Babalong ke Rahmatullah (semoga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah ke atas rohnya), ayahngah ingin kaitkan tulisan ini dengan Allahyarham semasa hayatnya….

Pahlawan….ya darah kepahlawanan nyatanya mengalir dalam diri babalong tanpa boleh disangkal oleh sesiapa pun. Walaupun tidak lagi memikul senjata tetapi semangat dan jiwanya mencerminkan Allahyarham adalah sebenarnya pahlawan. Restoran Wira, Syarikat Wira Bumi dan Lorong Wira membuktikan bahawa jiwanya terus hidup sebagai pahlawan. Allahyarham adalah seorang individu yang mempunyai jati diri kerana darah kepahlawanan yang diwarisi dari nenek moyang terus mengalir dalam dirinya. Juga mungkin kerana ketabahan hati dan pengalaman hidupnya dimasa kecil dan remaja yang serba serbi dalam kesulitan, telah membentuk Allahyarham sebagai seorang individu yang sukar dicari ganti oleh generasi pelapis. Anda perhatikan sahaja gaya Allaahyarham bercakap, berhujah atau berpidato, dengan suara yang jelas dan bernada tinggi. Anda gambarkan bagaimana cara Allahyarham berjalan, cepat dan pantas. Anda imbas kembali cara Allahyarham membuat keputusan, kemas dan teratur. Ini semua memberi gambaran bahawa Allahyarham adalah pahlawan dan individu yang bersemangat, dinamik dan tidak mudah berputus asa. Ayahngah amat tertarik sekali dengan cara pergaulannya baik keluarga, jiran, sanak saudara dan sahabat handai. Dengan mengenepikan soal soal fahaman dan status, Allahyarham tetap dengan selesa mengunjungi mana mana majlis sama ada anjuran diperingkat atasan atau bawahan menyebabkan beliau dikenali ramai dan dihormati dengan panggilan ‘Meja we’. Disamping menyayangi dan bertanggung jawab kepada keluarganya sendiri, adik beradik, Allahyarham amat mengasihi ibunya dan menempatkan ibunya ditempat yang teratas dimana cebisan coretan yang tertera dalam blog MCC membuktikan bahawa Allhyarham tetap kasih dan menghargai pengorbanan ibunya sehingga ke akhir hayatnya (semoga Allah menempatkan rohnya bersama orang orang yang mendapatkan keredhaan ibu kandungnya).

Berkopiah putih dikepala menandakan beliau adalah seorang Haji yang tidak melupakan peranan dan tanggugjawab terhadap agamanya. Selain dari dilantik sebagai Penaung di Balaisah peninggalan arwah ayahandanya, Allahyarham juga telah berusaha sedaya upaya membina semula rumah ibadat yang kian uzur dimamah usia. Ahli ahli jemaah yang dating bersolat jemaah di MUsalla Hj. Wan Mahmood tentunya merasa selesa hasil dari titik peluh beliau. Hasil dari usaha yang murni itu tentunya sedang dinikmatinya sekarang ini, di alam barzah.

Banyak yang boleh ayahngah perkatakan tentang arwah ini,

Jawatan jawatan dipegang semasa hayatnya,

Pingat dan anugerah lain yang diperolehinya,

Kejayaan dalam perniagaannya,

Sifat tiada kepentingan diri dan kehidupan bermasyarakat yang dipaktikkannya,

Usia yang tidak menjadi penghalang untuk hidup ceria dan berdarah muda.

(Maafkan ayahngah kerana tidak dapat menulis dengan lebih lanjut tentang Allahyaham..sebak rasanya didada, kian banyak ditulis, kian menitis airmata dipipi ini, tidak disedari lengan baju ayahngah terasa basah buat mengusap airmata……)

Nah…sudah ada seorang individu yang berketerampilan, dikenali sebagai Babalong, lahir dari kalangan ahli MCC yang boleh dicontohi dan ditauladani sepertimana yang ayahngah maksudkan melalui penulisan ini. Jejak langkah dan perjuangannya bersama isterinya yang dikasihi perlu diikuti walaupun setapak dua. Mana yang belum bermula, ayuh!...mulakan langkah, bagaikan langkah seorang pahlawan. Mana yang terlanjur, undurlah setapak, susun kembali langkah dan maju kehadapan dengan penuh keyakinan. Tari yang sumbang atau langkah yang tersandung dimasa yang lampau dijadikan sebagai tauladan dan jangan dijadikan alasan untuk berundur.Insya Allah. Masyarakat dan negara kita memerlukan pelapis untuk membentuk satu angkatan generasi yang dinamik dan komited bagi memajukan negara dalam berbagai bidang dan ayahngah percaya generasi MCC adalah antara individu individu yang berupaya menyumbangkan sesuatu untuk masyarakat dan negara. Jangan terlena dengan kepuasan yang dimiliki dan membiarkan negara kita terumbang ambing dan terus ketinggalan.

Ayahngah ingin mengundur diri dan demikianlah coretan ayahngah untuk tatapan ahli MCC. Maaf ayahngah pinta kerana anda semua terpaksa mengekang mata untuk membaca coretan yang capek ini, yang lahir dari keinsafan dan kesedaran mutlak, perlu disampaikan agar terasa puas dihati ini. Walaupun tidak pernah menulis sebegini, tetapi semangat dan desakan disanubari membuatkan ayahngah cuba meluahkan perasaan. Ayahngah tidak petah bercakap atau berkhutbah seperti Allahyarham babalong dan cukuplah blog ini menjadi medan berbicara. ‘Mesej dari Thailand’ sengaja ayahngah jadikan tajuk penulisan ini sebagai landasan untuk membuka minda semua ahli MCC.


Wassalam.

Saturday, September 30, 2006

Cerita MCC - 3 Dalam 1

ada tiga posting tertangguh sebenarnya yg patut kawe masukkan before puasa hari tuh. satu tuh agak lama juga, hmmm... pasal trip ke kebun sue n ayah sue. ikutkan dah kat ngan sebulan lebih kot. atas2 sebab2 tertentu sue mintak kawe jgn posting dulu, or lebih tepat lagi jgn hebahkan dulu pasal kebun dia ngan ayah sue nih - segan katanya. amanah org, kita kena la respect yer tak. hik. lagi satu pasal gambar2 keletah nabil masa kat wad. ikutkan nak tunggu gambar2 dr kamera aju tapi maybe dia lupa e-mel kat kawe kot. last, sekitar majlis tahlil arwah babalong yg ke 40 hari di tanah merah. alhamdulillah, masing2 menunjukkan komitmen yg padu. biasalah, kalau takder kerjasama camtu bukan MCC namanya yer tak. kawe pasti mama long happy hari tu kerana byk tangan yg membantu. ok lah, tak nak citer panjang, kali ni kawe upload tiga citer sekaligus... gigih tak? MCC punya pasal... huhuhuhu...


eh-eh, kawe lupa lah bila tarikhnya masa pi kebun hari tuh tapi kalau tak silap wk end lah (sabtu). memula sampai tuh, jangan kata kawe, sue pun terkejut tengok suasana kebun, kawasan tanah yg bakal diusahakan. rasa2 sapa yg tengok pic ni pun tahu bagaimana perasaan kami ketika itu...

"biasalah, tanah terbiar. kena lah pandai2 usaha...", uncle man cuba meng'cool'kan perasaan.

mmg betul pun. tapi sepanjang yg kawe dok perati, tak mustahil sebab di sekitar kawasan itu dah banyak2 tanah2 yg awalnya terbiar aje tapi now dah jadi cam port hujung minggu plak. ala-ala eco-resort lagi. ada yg siap buat rumah dan overnight kat kebun masing2. macam2 pokok buah-buahan ada - rambutan, langsat, pisang, nangka, strawberry (eh-eh... kalau dah strawberry tu kes tipu la tuh...).


apa pun itu cerita dua bulan lepas. hehehe... kawe pasti suasana pun dah bertukar. mmg dalam kepala macam2 dok fikir - nak tanam apa ya?

kata uncle man, nanti nak ajak camping memalam sambil sama-sama dok cucuk tanam. hmm, adventure tuh. buat sue dan ayah sue (dan uncle man sekalilah), dah berbuah pokok2 nanti bleh la kita pakat2 gi kenduri kat sana ye? tahniah dan good luck buat mereka!


ok, itu satu. jeng... jengg... ni kisah nabil masuk wad lak. tak habis2 budak kecik ni - sakit manjang. cian dia. huhuhu. hari tu kena chicken pox (pada yg nak tgok sekali lagi muka ensem nabil waktu kena chiken pox, klik sini). balik je kenduri tahlil hari tuh, masuk hospital plak. demam katanya. apa pun now bil bil dah ok (eh, rindu la lama tak tengok bil bil!). takpe esok reramai nak pi buka umah cik nah kan? confirm memasing dok ligan dia habis-habisan....

*alamak... mana pic nabil kat hospital hari tu takde plak... (aju, nanti send gambar ya, pls! thx...)

ok, citer ketiga ialah sekitar kenduri tahlil arwah babalong yg ke 40 hari. tupp.. tupp... tak sedar pantas masa berlalu. begitu cepat masa meninggalkan kita kan. sengaja kawe tanguh posting yg last nih. berat rasa nak tulis apa-apa. apa pun terima kasih kepada semua warga MCC, khususnya ahli keluarga yg telah sudi balik ke kampung dan sama-sama membantu mamalong dan ahli keluarga yg lain, gotong-royong semua. err, sempat juga kawe show video hari keluarga petang tuh. actually masih dlm proses editing lagi tp nak wat cemana, memasing dah tak sabar nak tgok. apa pun jgn lupa beli yg original nanti deh!

ops! sorry promosi jap. berbalik citer majlis tahlil tadi, awal2 lagi MCC dah 'turun padang' pakat dok gotong-royong 'peluh-pelai' (duh, sayu kawe guna perkataan nih...) semuanya. patutnya makan kenduri tengahari tapi cam tak ramai yg dtg. maybe masing2 budget dtg malam kot coz ada dua sesi - lunch ngan dinner.

untuk sesi sebelah malamnya diadakan sedikit tahlil dan keluarga mama long juga telah berbesar hati menghadiahkan surah yasin kepada para tetamu yg hadir. moga roh babalong ditempatkan di kalangan mereka-mereka yg beriman dan soleh hendaknya. amin!

*kredit to abang jurufoto kita, aju kerana telah mengambil gambar2 yg lawa ini... cayalah!

ok, itu adalah sebahagian dr cerita-cerita yg sempat kawe cover sepanjang dua bulan lepas. meriah kan hidup MCC, macam-macam warna kita rasa. kata orang, patah tumbuh hilang berganti. setiap kejadian ada rahmat disebaliknya. juga kejadian yg menimpa kawe baru2 ini. kawe pasti pasti ada sesuatu yg Tuhan nak tunjuk kat kita. itulah kehidupan namanya. sabar, itu aje jalan terbaik. terima kasih pada yg memberi sokongan kat kawe - terharu sebenarnya.

ok la, tak mahu cerita pjg lagi. pada semua warga MCC, jumpa di rumah cik nah besok, 30 september 2006 untuk berbuka puasa ya. jangan lupa bawak la apa-apa juadah. kalau tak sempat tuh, alah stop je kat memana PR (pasar ramadhan). senang, pakai tunjuk2 ikut jari je, pas tu pandai2 la kalau nak claim 'air tangan' sendiri pun apa salahnya - janji sedap deh!

oh, sebelum terlupa - buat ayah ngah - papa kawe, selamat hari ulangtahun yg ke 50!! (29 september 1956) moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu...

jumpa lagi.

Monday, September 25, 2006

Sejarah Terawih

MENURUT buku Ensiklopedia Malaysiana, terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas, mengambil udara baru dan seumpamanya. Dalam erti kata yang khusus, terawih ialah ibadat sembahyang pada bulan Ramadan.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Aishah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat.

Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai sembahyang fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hibban daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.

Saidina Umar bin Al-Khatab ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih berjemaah. Sewaktu beliau menjadi khalifah, solat terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.

Kebiasaannya Saidina Umar bersolat terawih selepas solat Isyak pada setiap malam bulan Ramadan.

Pada zaman ini di kebanyakan negara umat Islam menunaikan solat terawih secara berjemaah di masjid selepas solat Isyak.

Pengikut Mazhab Maliki bersolat terawih sebanyak 36 rakaat pada setiap malam Ramadan dan jumlah bagi seluruh bulan Ramadan ialah 1,080 rakaat. Mazhab Syiah pula menggalakkan dilakukan 1,000 rakaat terawih dalam tempoh sebulan Ramadan.

Di Masjid Al-Haram Mekah, sembahyang terawih dilakukan oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali terawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Solat terawih termasuk solat tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Solat terawih dikategorikan sebagai sunat muakkad yang sangat dituntut dilakukan oleh umat Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara sendirian atau berjemaah.

Menurut Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah.

Wujud kekhuatiran ada kemungkinan ia menimbulkan riak atau sifat malas individu yang menyimpang daripada tujuan utama untuk berkumpul dalam satu jemaah. Barangkali orang yang berpegang pada alasan tersebut ingin berkata bahawa melakukan solat lebih baik daripada meninggalkannya kerana malas (bila sendirian) dan lebih baik daripada riak (solat berjemaah).

Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat itu mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya.

Wednesday, September 20, 2006

Kusangka Panas Hingga Ke Petang...

salam to semua. kawe tak tau nak start cemana. bukan niat kawe nak cerita kelemahan sesapa cuma sekadar ingin berkongsi pengajaran. biar semua tahu dan clear apa yg telah kawe lalui 3-4 hari lepas. kawe harap pas ni semua clear. honestly benda ni kawe cuma sempat share ngan sue aja. ingatkan nak call papa tp rasa cam tak nak susahkan dia. tapi takpe la, pa... jgn risau. insyallah kawe akan cuba cari jalan terbaik untuk diri sendiri.

pertama kali kawe dapat offer kerja ngan satu event company nih, mmg kawe excited habis. yalah... 1st time dapat keje yg leh kata bagus gak la... pas tuh buat big event lak tuh. kawe rasa hampir semua dah tahu pasal event meeting malaysia 2006 kat london tuh. patutnya 24 sept ni mula tapi dah ditangguhkan pula ke awal november. lega juga. ya lah byk lagi actually benda2 yg belum siap.

so far kerja ok, takde masalah. gaji pun ok. rasa2 cam boleh la survive sikit, dlm pala dah plan macam2 - nak kasi papa sikit, bayar duit umi, loan MARA, hadiah untuk oki, mimi, adik sarah dll. tutp.. tup... dah 2 bulan keja... gaji yg ditunggu2 tak dpt. bila tanya boss, check lom clear la, apa la... memula tu malas nak fikir apa-apa sgt. janji keje kawe siap ikut dateline. honestly keje ngan event company ni mmg penat. even kawe cuma buat design ja, tp kadang2 keja tak ikut time. ada tu sampai balik umah pun masih tersengguk2 depan pc siapkan design semua. tapi kawe tak kisah sbb dah minat kan. lagipun cam kawe cakap td, ni lah 1st job so mmg excited habis. konon2 nak buat yg terbaik.

cam semua org tahu, kawe ni blaja lagi. nak kata kawe fokus 100% pada kerja, tak juga. so far study takde masalah. kebetulan plak masa ngah busy hari tuh kolej plak tgh cuti.

apa yg tak bestnye sekarang, dah la gaji kitorang company tak bayar... banyak benda2 yg kawe dah plan dalam pala termasuk nak bayar kolej, sewa umah semua terbantut. dalam hati dah nekad tak nak susahkan papa or mama lagi. sampailah tgh bulan (september), kawe masih lom dapat gaji lagi. bukan kawe aja, staff2 lain pun sama. bila tanya lagi, alasan sama aje yg depa kasi. kawe mula rasa frust, kerja pun rasa tak syok dah. hari2 kena kerah cam kuli tapi gaji tak dpt. mula la benda2 lain pun terheret sama. byk perkara yg tak betul ttg company tempat kawe kerja ni kawe rasa cuma malas nak sebut je satu-persatu. awal2 mmg kawe tak kisah. ya lah, as long as depa bayar gaji kawe dan kawe pun leh wat kerja ngan aman so kira takde masalah lah. but now keadaan dah lain. company kawe ni actually baru lagi - konon2 based kat UK tapi entahlah. leh caya ke tak. tak kisahla. kawe fikir, kawe ni cuma staff part time je ngan depa. at least leh gak timba2 pengalaman. tapi indah khabar dr rupa sebenarnya. jenuh juga kawe nak citerkan satu persatu. kawe rasa itu kira takpe lah. kawe simpan sendiri ja.

kawe tak tau nak salahkan siapa. jumaat lepas kawe tersend sms kat boss kawe sendiri, ayat kawe lebih kurang cam ni...

"i minta maaf. i fikir i dah tak boleh nak teruskan kerja dengan company you lagi. i nak berhenti. you carilah grafik designer lain yg lebih baik. btway pls jelaskan gaji i. sementara tu i akan simpan semua design2 yg telah i buat..."

hah, lebih kurang gitulah sms yg kawe hantar kat boss kawe tuh. actually dalam bahasa inggeris sebenarnya tp kawe cuba translate. mmg kat ofis kitorang sama2 staff ngan boss ber i, you ja. hmm. kawe tak pasti ayat kawe diatas tuh ada berbau ugutan ke tak, jelasnya kawe cuma nak hak kawe dipertimbangkan sewajarnya oleh pihak majikan. kawe dah tak nak rasa tertekan dan seperti dipergunakan oleh pihak mereka. itulah yg kawe rasa sebenarnya.

selang setengah jam kawe dapat pula sms balas dr boss kawe tuh, nyata dia mmg marah sgt2 dengan apa yg kawe tulis tadi. nak tau apa dia kata?

"tak adil you nak quit last minute and ugut kami dengan bayaran gaji semua. design tu pula bukan you punya, itu harta syarikat..."

ah, lebih kurang camtu la maksud dia. hmm. kawe berfikir sejenak.

selang 2 hari kemudian kawe cuba kumpulkan pendapat beberapa orang teman-teman yg arif dan tahu hal selok-belok syarikat dan hak pekerja nih, nyata surat perjanjian kawe yg patutnya mengesahkan kawe pernah bekerja di situ pun tak sah kerana takde cop duti setem and tandatangan majikan. mmg kawe tak perasan pun hal2 ni sbb awal2 dulu boss kawe tu cam baik je dan lagipun maybe silap kawe gak kot yg terlalu ghairah dapat kerja ni dulu.

isnin. kawe hantar pula official resign letter ke company via e-mel. ptg tu kawe dapat balasan dr boss kawe. dia lepaskan kawe dr kerja kat situ tapi kawe kena pulangkan balik kesemua design2 yg kawe dah buat untuk depa selama kawe bekerja di sana. kelakar juga kawe baca. hmm. ada lagi. sesenang depa dah twist citer plak yg kononnya kawe ni cuma training staff kat situ. alah, cam bebudak kerja praktikal tuh, di mana kawe hanya layak mendapat intensif shj. intensif tu pulak adalah jumlah gaji kawe yg dah pun kawe dpt masa bulan pertama dulu. tu pun separuh sbb kawe start kerja tgh bulan. mmg kelakar habis kawe baca. cuma yg tak bestnye depa kata nak buat report polis kalau kawe degil tak nak kasi balik design2 yg kawe dah buat tuh. the thing is, kawe kerja kat situ pun tak dibekalkan pc atau pun laptop. pakai laptop sendiri jer. sah2 la semua bahan ngan design2 semua tuh dlm laptop kawe. senang2 depa nak declaire as a harta syarikat. kawe ni bukanlah jahat sgt. nak simpan pun buat apa. dulu yg kawe hantar sms tu pun cuma nak kasi diorang faham aja, kawe perlukan duit gaji kawe, tu ja. now banyak benda yg tertangguh dlm hidup kawe. nak kata gelap masa depan tu takde lah, kawe percaya rezeki tu ada di mana2. tapi paling yg kawe frust, study kawe terganggu. nak tak nak kawe terpaksa tangguh final sem kawe gara2 takder source lain. pa, kawe tak salahkan papa. mmg plan kawe camtuh. kalau bleh kawe dah tak nak mintak apa-apa dr papa. kawe perlu plan jalan hidup kawe sendiri. tapi tu la, tak semua yg kita rancang tu bisa berjalan seperti yg kita nak kan?

semalam kawe dan bincang bebaik ngan salah seorang boss (a.k.a. director) dlm company, so far dia okay. patutnya kawe mula kerja ngan company dia plak tapi kawe rasa buat masa ni biarlah keadaan reda dulu. boss baru tu pun ada share dlm company lama kawe. kawe tahu dia faham masalah yg kawe hadapi. insyallah, kat mana-mana ada rezeki. yg penting usaha. kawe tak tahu nape hati kawe tiba-tiba jadi sebak sgt now. kawe teringatkan babalong.

al-fatihah.

Tuesday, September 12, 2006

Elak MLM berunsur subahat

Oleh: SITI AINIZA KAMSARI
petikan
UTUSAN MALAYSIA, 12 september 2006

CORAK perniagaan biasa memerlukan perkhidmatan wholeseller (jual secara pukal) bagi membekalkan barangan kepada retailer atau peruncit yang kemudian akan terus menjual produk tersebut kepada para pelanggan.

Di bawah MLM pula, sesebuah syarikat pengeluar melantik ejen pengedar untuk menjual barang atau produk tersebut terus kepada pelanggan. Pelanggan menikmati harga kilang apabila membeli produk tersebut.

Namun, Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Wan Rumaizi Wan Husin berkata, ejen pengedar tidak akan mampu untuk memasarkannya seorang diri.

“Melainkan dia terpaksa melantik ‘kaki’ di bawahnya atau lebih dikenali sebagai downline bagi membantunya memasarkan produk,” katanya.

Peringkat pertama atau level pertama yang dilantik itu akan diberi ganjaran tambahan jika dapat menjual produk tersebut kepada para pelanggan.

“Ganjaran di sini sama ada yang berbentuk mata markah atau ganjaran poin yang dikumpulkan, hadiah-hadiah (kenderaan, rumah, pakej pelancongan dan sebagainya), wang ringgit atau produk jualan secara percuma,” katanya.

Peringkat pertama yang dilantik perlu membuat pembayaran pendaftaran atau terpaksa membeli set produk permulaan. Lazimnya mereka akan berusaha untuk menjual produk tersebut.

“Mereka cuba merebut ganjaran-ganjaran yang ditawarkan sehinggalah di satu peringkat mereka sendiri akan melantik downline seterusnya untuk membantu membuka pasaran dengan lebih luas.

“Lebih banyak produk yang dijual akan memberi banyak keuntungan kepada semua yang terlibat,” katanya...

klik untuk berita penuh

Tuesday, September 05, 2006

MCC Bersama... Misha!

pasti ramai yg dok tunggu gambar2 kat airport semalam. mmg tak sangka dlm dok tunggu waktu nak balik ke kl, tupp.. tupp... terperasan misha omar pun ada kat sebelah. memula tu macam tak cam aje coz dia now kan dah rambut panjang. lawaaa.... kata imi. hah, imi biasa la. semua awek dia kata lawa. :o) sorry mi... kawe gurau ja. btway, balik kali ni adalah sempena ngan kenduri tahlil arwah babalong (hari ke-40). insyallah akan kawe updatekan citer dan gambar2 sekitar majlis berkenaan later. kawe pasti mamalong happy melihatkan sokongan ahli MCC semuanya rajin2 belako. terima kasih semuo dan thx juga to cik wan and mereka yg menghantar kitorang kat airport semalam. (",)

dari kiri : yoe, nana, misha, shasha dan angah

MCC sempat bergambar di airport kota bharu sebelum naik flight (ajue, sorry ur pic x masuk aarr... cian nabil asyik nangis, demam!)

Sunday, August 27, 2006

Meeting Malaysia 2006


Tarikh : 1 & 2 November 2006

Tempat : Barbican Hall, City of London, UK
Penganjur : Horizon Bespoke & Tourism Malaysia

Wednesday, August 23, 2006

Surat Dari Iblis

Assalamualaikum,

(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

****************************************

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isyak sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu.

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.

Friday, August 18, 2006

Gen2, Oh! Gen2...

hah, amacam? HEHEHE...

Monday, August 14, 2006

Bil Bil Kena Chicken Pox!


cian nabil kena chicken pox. thx to abe shaman coz kirimkan pic2 si bil bil nih kat kawe semalam. simpati ada, sedih ada, lucu pun ada bila tengokkan pic2 ni. apa pun nabil ttp comel. maintain gitu! moga cepat2 la sembuh ya!

SELARASKAN CUTI SEKOLAH DENGAN IPTA (DARI MEJ (B) WAN ABDUL RAHMAN BIN HJ. WAN MAHMOOD)

Assalamualaikum,

Respon dari tajuk di atas, saya sekeluarga dan bagi pihak penulis artikel mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga di atas tersiarnya artikel tersebut di dalam forum Utusan Malaysia pada 25 Julai 2006. Untuk makluman saudara pengarang, apa yang terkilan dan tersentuh di sini penulis tidak berkesempatan untuk menatap artikel yang ditulis kerana pada tarikh itulah beliau telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 11.30 malam. Walaubagaimanapun beliau mengetahui artikel tersebut telah disiarkan dan beliau begitu gembira dan berbangga setelah sekian hari selama 2 minggu asyik menunggu bilakah artikel tersebut akan disiarkan, cuma tidak sempat untuk membaca lantaran kesibukan beliau di tapak projek pada hari beliau menghembuskan nafas terakkhir itu.

Sekali lagi saya sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada utusan dan begitu berbesar hati di atas kesudian saudara pengarang menyiarkan artikel tersebut untuk tatapan umum rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan saudara juga, penulis merupakan seorang yang begitu menekankan konsep keluarga penyayang selaras dengan kehendak kerajaan yang sentiasa berusaha untuk pembangunan insan.

Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada saudara pengarang khasnya dan utusan amnya. Akhir kata salam hormat dari saya sekeluarga.

WAN RASIDAH BT HJ. WAN MAHMUD
TANAH MERAH, KELANTAN

E-MAIL; wanrasidah@ptptn.gov.my

Wednesday, August 09, 2006

Puisi Buat Kekanda (untuk babalong yang dalam ingatan)

dari kiri, atas : cik wan, cik nah, sue dah, babalong, ayah su, ayah ngah
bawah, kiri : mama, cik ngah, mok (tok), wae long

ASSALAMUALAIKUM...

Ku doakan semoga roh abangku dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Telah kembali ke rahmatullah pada malam Selasa, 25 Julai 2006 bersamaan 1 Rejab 1427 tepat jam 11.45 malam...Alfatihah untuk Allahyarham Babalong...

PERGINYA ABANG YANG AMAT DIKASIHI

kau pergi tanpa pesan
kau pergi dalam keadaan kami semua memerlukannya
kau pergi membawa seribu kenangan
kau pergi dalam tangisan
kau pergi amat memilukan
yang tinggal hanya lapan
siapakah menjadi undangan
Tuhan yang menentukan
Tuhan yang punya kekuasaan
kita hanya mendoakan
kita hanya menunggu giliran
menanti pemergian
menunggu panggilan
sampai masa kita meninggalkan
panjangkan usia kami sekalian
agar brpeluang mencari ketakwaan
dalam dunia kemewahan
di akhirat kita bersukaan
demi masa depan
demi keluargaku sekalian
marilah dan buatlah amalan
supaya tidak kesal kemudian
supaya kita dirahmati Tuhan
supaya tiada dosa kebinasaan
yang akan kita bawa menemui Tuhan
Ya ALLAH Ampunkanlah Keluargaku Sekalian...
Wasalam...

Welong, 8th July 2006... 11.48am

Mesej Dari Thailand bhg.2

Dalam kesibukan Bandar Khon Khaen ayahngah dapati sangat minima orang merokok menjadikan kita terasa segan dan silu hendak merokok takut dikatakan kurang sopan. Kalau hendak merokok ayahngah akan mencari suatu tempat yang berjauhan dari orang ramai dan terdapat tempat untuk membuang abuk serta puntung rokok. Pada setiap kotak rokok bukan perkataan amaran yang ditulis tetapi tertera gambar tengkorak atau gambar organ paru paru yang reput menandakan kematian atau penyakit yang akan mengancam setiap perokok. Peti peti tempat menyimpan rokok di kedai kedai terlindung dari pandangan umum dan rokok tidak dipamerkan. Pembeli rokok akan menyebut jenama rokok yang hendak dibeli atau menunjukkan kotak rokok yang kosong. Ayahngah bertanya kepada jurubahasa kami “ Mr. Supachai, I don’t see many people here smoking?. Dia menganggukkan dan tersenyum sambil berkata “ We wan tuo haive a long life, you Malaysian wan tuo haive a shorter life”. (Sebutan nya tersekat sekat mengatur perkataan dan ayat dalam Bahasa Inggeris…mind your langguage). Dalam bandar juga didapati hampir tidak kelihatan remaja melepak dan berkumpul beramai ramai, bersorak sorai seperti keadaan ditempat kita. Semua peringkat masyarakat ‘busy’ dengan urusan masing masing. Tiada juga kelihatan kumpulan ‘Mat Rempek’ berderum kesana kemari dengan motosikal meluahkan kepulan asap motor disana sini. Dari pengamatan ayahngah, masyarat di Thailand ini adalah mencontohi atau memang semula jadi mereka memiliki cirri cirri masyarat negara maju seperti Jepun dan China. Ayahngah pernah ke Beijing suatu masa dulu dan keadaan masyarakatnya sama seperti yang ayahngah nyatakan ini. Kehidupan di pendalaman atau di kampung kampung mereka mengamalkan konsep tekun, rajin berkerja dan bertani serta hidup dalam keadaan yang harmoni manakala dibandar pula mereka juga sibuk menjalani kehidupan di bandar tanpa membuang masa dengan kehidupan yang negatif. Termenung sejenak ayahngah memikirkan keadaan kehidupan masyarakat kita sama ada di kampong atau dibandar, jauh berbeza dengan masyarakat di sana. Ayahngah cuba menilai tahap keperibadian dan budaya masyarakat kita tetapi tidak dapat mengukur sama ada kita masih berada dibelakang mereka atau terlalu kedepan. Keadaan di Golok, Narathiwat dan tempat tempat lain di selatan Thailand bukan menjadi gambaran kehidupan sebenar orang Thai kerana masyarat di selatan Thai bercampur gaul dengan orang Melayu Thai yang mungkin mempunyai budaya dan cara hidup seperti orang orang Melayu kita di Malaysia. Gambaran kehidupan orang Thai dan Thailand yang sebenar adalah bermula dari Hatyai hingga ke Chengmai dan Surin.

Semasa bersiar siar dibandar, tiada lansung perasaan curiga dan takut yang tersemat dihati kita sebagai orang luar atau pelancung asing. Tiada rasa cemas atau takut untuk merayau rayau bersendirian kerana tiada perasaan ‘suspiscous’ terhadap individu yang lain. Keadaan yang aman ini tidak kita dapati di tempat kita yang kehidupan harian kita sentiasa sinonim dengan ‘peragut’ dan ‘penyamun’ seperti di KL. Salah seorang ahli rombongan, kawan lama ayahngah yang berbangsa Cina, bekerja di KL tetapi tinggal di PJ. Disepanjang lawatan itu kami sering berbincang dan berbual bual tentang sosial dan ekonomi di Malaysia. Dia sering meluahkan perasaan kekeciwaannya dengan keadaan masyarakat kita di Malaysia terutamanya di bandar bandar yang tidak lagi mematuhi norma norma hidup sebagai ‘true Malaysians’. “Wan…! You know now aaah…! KL is no longer safe”. Luahan perasaannya itu adalah ekoran dari beberapa kejadian ragut yang pernah berlaku ke atas isteri dan anak saudaranya. Seorang lagi ahli rombongan turut menceritakan yang dia pernah bergelut dengan seorang peragut yang cuba merampas talipon bimbitnya ketika akan menaiki bas suatu masa dulu. Efi pun dulu kena samun talipon dikedainya dan kejadian itu berlaku dihadapan matanya. Kenapakah masyarakat kita menjadi liar, ganas dan tidak bermoral sehingga untuk hidup pun terpaksa meragut dan menyamun. Moral masyarakat kita sekarang ini hampir menyamai masyarakat dibeberapa negara miskin yang rakyatnya terpaksa meminta minta, menyamun dan mencuri walaupun sebuku roti.

Suatu masa dulu ayahngah berada di Berlin dan Munich bersama sama dengan rakan rakan yang mewakili “Third World Countries” dari seluruh dunia. Sepanjang tempoh ayahngah berada disana kebanyakan rakan rakan dari India, Pakistan, dan beberapa Negara Afrika menghormati ayahngah sebagai wakil dari Malaysia. “So…you are the highest paid nation aah”, yang bermaksud bahawa kita adalah warga sebuah negara yang lebih maju sedikit dari mereka disegi pembangunan dan taraf sosio-ekonomi. Beberapa orang professor yang mengendalikan kursus yang ayahngah ikuti itu pun mengatakan bahawa ayahngah tak perlu menghadiri kursus tersebut kerana Malaysia sudahpun kehadapan berbanding dengan rakan rakan dari negara lain. Beliau menganggap bahawa Malaysia adalah sebuah ‘developing country’ bukannya ‘underdeveloping country’. Anggapan itu adalah merupakan satu status kepada masyarakat dan negara kita yang mengharapkan kita terus maju dan menjadi salah sebuah negara pesaing diperingkat antarabangsa didalam berbagai bidang. Malangnya masyarakat dan generasi kita dimasa ini mempunyai nilai moral yang kian merosot dan pudar, yang tidak mencerminkan masa depan yang cerah dan gemilang.

Ayahngah dibawa melawat ke salah satu ‘Research Center’ di Thamasat University of Bangkok dan meninjau kajian kajian yang dibuat oleh pakar pakar yang bertaraf professor. Apa yang mengkagumkan ialah hampir kesemua kajian yang dijalankan adalah “applicable”, maksudnya boleh digunapakai oleh pihak yang terlibat, bukan setakat hendak buat kajian dan membentangkan hasil kajian di seminar seminar dan penulisan saitifik tersebut akan menghiasi ‘journal’ dan majalah majalah saitifik. Dalam perbualan ayahngah dengan beberapa orang pakar tersebut yang meliputi beberapa aspek asas kerja dan kehidupannya, ayahngah dapat membuat satu kesimpulan. Ayahngah dapati pengetahuan, pengalaman dan kepakaran yang mereka miliki adalah dipergunakan sepenuhnya untuk profesion masing masing tanpa dicampur aduk dengan kehidupan peribadi mereka. Sebahagian besar dari masa, tenaga dan pengetahuan mereka ditumpukan sepenuhnya kepada kerja dengan penuh tekun, minat dan mempunyai ‘vision’ yang lebih jauh demi kepentingan masyarakatnya. Kerana minat yang mendalam dan komited dengan kerjanya, mereka memberikan tumpuan yang padu kepada kerja mereka dan tidak terfikir tentang hal hal yang memberi kepentingan peribadi seperti membuat kerja kerja lain sebagai ‘side bussiness’. Kepakaran dan komitmen mereka akan berterusan sehingga ke akhir hayat. Sikap setiap individu seperti ini memberikan tauladan yang baik bagi membangunkan sebuah masyarakat yang dinamik dan produktif. Berbanding dengan masyarakat kita yang mempunyai sindrom untuk melonjak lonjak dan berhempas pulas mencari kedudukan yang terbaik dalam kehidupan ini menyebabkan kita sudah lupa akan peranan kita yang sebenar dalam masyarakat. Sumbangan untuk masyarakat mengikut kepakaran, kedudukan dan status sudah mula diabaikan. Masing masing mencari kepentingan sendiri bagaikan ‘enau dalam belukar melepaskan pucuknya masing masing masing’. Kita tidak mempunyai visi yang jauh untuk kepentingan masyarakat dan generasi masa depan. Tiada lagi kesepakatan yang padu untuk memberikan sumbangan positif dan berkesan kepada masyarakat. Untuk anak anak ayangah, ayahngah selalu berpesan…. ‘Fikirkanlah disetiap petang dan malam…apa yang telah anda sumbangkan untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara pada hari ini, kalau tanpa apa apa sumbangan diberikan, anda hanya hidup dengan membuang masa’.

Sekian.

oleh Ayah Ngah

p/s : untuk pengetahuan, ayah ngah sekarang berada di KL, so sesapa yg free tu nak jumpa boleh la calling-calling kay - kawe@MCC

E-mel Teh...

keluarga teh, usj


e-mel ni kawe terima dr teh kira-kira beberapa hari lalu tapi tak sempat nak posting kat sini. ada beberapa lagi e-mel baru yg kawe terima. insyallah, akan kawe edit nak postkan satu persatu jadi harap bersabar ya. ikutkan hati, berat kawe nak teruskan tanggungjawab 'menjaga' blog ini. tapi demi MCC, tambah pula hari ni ramai ahli keluarga yg join chatting di tagboard, buat kawe rasa tambah bersemangat dan terus-terang ada rasa sebak sedikit. itulah, apa pun cam biasa, kawe sms sue aja. rancang2 ingin ke semenyih, bermalam di sana... tapi last minute teringatkan kerja2 di ofis, menimbun. ah, perlu perhatian juga - ikut hati, mati. ikut rasa, binasa. insyallah, kalau takder halangan, hujung minggu nanti kawe ke sana sue ya.... oh, ada sesapa mahu ikut?

Mesej Dari Thailand


6 hari 5 malam ayahngah berada di Thailand, sebuah negara yang terkenal dengan lagenda Gajah Putih yang menjadi tunggangan Raja Thai semasa berperang dengan Burma suatu masa dulu. Terasa juga perasaan dendam menyelinap dalam sanubari ini kerana Raja Raja kita terpaksa menghantar ‘Bunga Emas’ sebagai ufti kepada Raja Thai dimasa yang lampau. Tetapi itu sejarah lama yang tidak lagi rasional untuk difikirkan di zaman ini. Selepas keluar dari bangunan terminal Bangkok International Airport, ayahngah dan rombongan, 5 orang kesemuanya, terus berlepas ke Pakchong dan beberapa tempat yang menghala ke Khon Khaen, 400 km ke Utara Bangkok. Ayahngah tidak tinggal di Bangkok sebab tiada apa yang dapat dilawati berkaitan dengan kerja ayahngah. Kesemua tempat yang ada dalam senarai lawatan berada di luar Bangkok, lebih2 lagi di utara Bangkok. Semasa menyususur keluar dari bandaraya Bangkok, sempat juga meninjau disekitar Bangkok (sight-seeing), keadaan nya sibuk seperti di KL juga, tapi luas bandaraya itu ialah 2 kali ganda keluasan KL. Rata rata tiada kelihatan kereta yang standing dengan KE 30 atau Nissan Sunny, semuanya bertaraf MPV, Honda city, BMW atau Mercedes. Tut tut pun tidak kelihatan.

Ayahngah dan rombongan menaiki Toyota Limousine 10 seater diiringi oleh Pengarah Animal Feed Reasearch Center di Pakchong sebagai pegawai pengiring dan juga jurubahasa. “Nice tuo meet ol of yuu and welcome to Tailaan” (loghat Thai English). Pemandunya tidak boleh berbahasa Inggeris, kalau hendak berurusan dengan nya kenalah berbahasa isyarat (tangan lebih agresif dari mulut) atau memek wajah menjadi pengantara. Satu dua patah perkataan boleh lah ayahngah sebut...seperti swadikap…medai…kop kun kraap..dan lain lain. Ayahngah terpegun melihat pemandangan disepanjang perjalanan ke Khon Khaen. Buminya dihijaui dengan tanaman seperti jagung, tebu, sayur sayuran yang bukan seekar dua, malah beratus ratus ekar luas nya. Boleh dikatakan setiap sm persegi tanah nya dipergunakan dengan tanaman. Kilang memperoses bahan bahan tanaman tersebut terdiri disana sini. Ditengan tengah kawasan tanaman yang sayup mata memandang kelihatan tompok tompok ternakan lembu Brahman yang berwarna putih menambahkan lagi keindahan pemandangan disetiap sudut. Di utara Thailand banyak dipelihara lembu ‘Thai Brahman’ kerana kejayaan negara itu dalam program ‘animal breeding.’ Jalan raya nya (highway) luas, lebar dan tidak berbengkang bengkok menyebabkan kita asyik sahaja dapat melelapkan mata tanpa gangguan dari hentakan atau ‘braking’.

Semasa dalam perjalanan kami memasuki kawasan perladangan rumput ternakan (pasture) seluas 3000 hektar dimana petani petani menanam rumput untuk pengeluaran biji benih rumput. Biji benih rumput ini dieksport ke beberapa negara jiran termasuk Malaysia. Disekitar kawasan ini semuanya menghijau, rata dan sayup mata memandang bagaikan tiada bertepi. Pemilikan tanah bagi setiqp petani ialah diantara 7 – 10 ekar, jauh lebih luas berbanding dengan kita di Malaysia. Tanahnya subur berwarna kemerahan. Tuhan yang Maha Kuasa telah menganugerahkan Thailand dengan keadaan tanah yang subur, siri Pakchong, salah satu siri tanah yang terbaik didunia. Kami singgah beramah mesra dengan salah seorang petani di kawasan itu sambil berbicara tentang kerja nya sebagai petani. Ternyata beliau amat komited dan amat bangga dengan kerja dan kehidupannya. Tanah yang diusahakan sejak turun temurun yang dulunya adalah merupakan tanah padi dan sekarang ini bertukar kepada ladang rumput sejak 30 tahun yang lalu kerana hasil dari pengeluaran biji benih rumput yang amat menguntungkan berbanding dengan pengeluaran padi.

Orang Thai bersikap ramah mesra, lemah lembut dan menghormati orang lain lebih2 lagi tetamu dari luar walaupun sukar berbahasa dengan mereka. Semasa berpisah kalangan mereka menyusun jari sepuluh dan meletakkan tangan kedada sambil mengatakan “kop kun”…(terima kasih), bunga bunga bahasa yang lain ayahngah tidak faham. Ayahngah balas dengan Bahasa Melayu mereka tersenyum, bila ayahngah balas dengan Bahasa Inggeris mata mereka terbeliak….Keindahan budi pekerti sedemikian sungguh menambat hati dan sememangnya ini lah budi bahasa asli orang timur yang masih kekal menjadi amalan masyarakat Thai di kawasan pendalaman.

Ayahngah dan rombongan bermalan disebuah hotel 5-star, Safatel Hotel, di Bandar Khon Khaen, salah satu bandar yang besar di utara Thailand. Bayaran hotel hanyalah RM240.00 (2,400Baths) seorang semalam yang mana bayaran sewa hotel semacam itu di KL mececah RM400.00 – 500.00. Tidak payah diceritakan keadaan dan kemewahan yang ada dihotel 5-star (sebab u all semua dah biasa tinggal dihotel 5-star kan! Cewaaah!). Disebelah malam kami bersiar siar di bandar Khon Khaen yang bermandikan cahaya sambil membeli belah bagi yang banyak bekalan. Bagi yang berpoket kosong seperti ayahngah ini hanyalah ‘window shopping’ sahaja. Kebanyakan barang2 berjenama seperti pakaian didapati sama sahaja dengan harga di Malaysia.

Sebenarnya ada mesej yang ingin ayahngah sampaikan melalui tulisan ini untuk renungan bersama generasi MCC…..

Mahu dengar cerita selanjutnya... tunggu sambungannya ya!

by Ayah Ngah

Wednesday, August 02, 2006

Generasi Membunga


hidup mesti terus.

ya, tapi cuma satu yg masih kawe tak bleh nak lupo ialah bila masa snappy2 gambar babalong kat umah arwah dulu (untuk ruangan babalong menulis), dia ada seloroh, kena tangkap lawa2, make sure biar masuk nabil sekali (gambar blog) - inilah generasi membunga. kawe tahu, babalong bangga. apa yg kawe buat (blog ini) cumalah sumbangan kecil sahaja. baik nabil mahupun sarah, atau sesapa sahaja selepas ini (mungkin giliran kak ngah dengan baby baru pula), yg pasti membunga pasti akan berkembang, dr satu generasi ke satu generasi baru, dan bakal menjadi nadi penghubung kesinambungan membunga seterusnya. babalong juga pernah kata, tapak dah ada - jadi kawe rasa, usah kita biarkan warisan membunga ini mati, biarlah apa org nak kata, hiraukan kalau ada sesapa yg nak cerca, even ada dikalangan warga MCC sendiri yg nak tarik diri ke apa, kawe harap kita sebagai warga MCC sejati, dan membunga khususnya, bersatu dan jangan biarkan sekali-kali warisan ini berkubur. walaupun kita kehilangan arwah babalong yg amat kita kasihi lagi hormati, bukan bermakna perjuangan dan cita-cita kita mati di sini sahaja. sama-samalah kita pastikan MCC terus utuh dan bisa menjadi penggerak untuk generasi berikutnya.

buat nabil dan sarah, juga sepupu-sepupu dan saudara-mara yg lain, ingatilah kembali bait-bait lirik lagu tema MCC...

Hari ini kita bersama
esok lusa tentu pasti
berpisah tiada dipinta
bergerak satu famili

Padamu generasi baru
pelapis berhemah tinggi
engkau harapan padu
gerak majukan MCC

Oh terus melangkah jauh
maju tiada undur
jangan kita labuhkan sauh
wawasan tiada kabur

Rintangan harus dilalui
tetapku kotakan janji
eratkan pertalian murni
itulah warga MCC...

*kredit lirik to ayah su, putraheight

Friday, July 28, 2006

Alfatihah Buat Babalong...

honestly, otak kawe masih di kg lagi. ikutkan hati, berat untuk balik semula ke kl. namun disebabkan tanggungjawab kerja yg telah diamanahkan, ditambah ada beberapa perkara yg perlu diberikan perhatian, kawe kuatkan hati...


"shah, life must go on...".

dr kg, kawe bertolak kira-kira jam tujuh malam tadi . keretapi lewat beberapa jam disebabkan masalah enjin. kawe terlewat ke ofis. oh, oh - ted, PA manager kata ada meeting dengan tourism di PWTC. kawe rush ke sana.

"you masuk ofis tak hari ni?".

"insyaallah. but maybe lambat sket. i nak balik rumah dulu. inform nirv ya...".

sampai sahaja di rumah, kawe gegas ke meja komputer. cuba-cuba untuk check beberapa e-mel yg masuk. namun mood kawe agak tawar untuk membaca apa-apa. kawe membuka beberapa fail yg mengandungi foto-foto keluarga. terselit beberapa keping gambar arwah babalong. airmata kawe kembali menitis perlahan. kawe gagal mengawasi emosi sendiri. biarlah. di sini tiada siapa-siapa yg kawe malukan.

ralat sebenarnya.

25 hb. kawe di ofis. waktu itu hari beransur petang. kawe menerima sms dr babalong kira-kira jam 6.30 petang. ada masalah kecil di blog. selalunya begitulah. babalong ni mmg rajin masuk blog. hampir setiap hari. ada sahaja komen atau saranan beliau untuk memantapkan MCC. terus-terang, kawe puas bila babalong seperti gembira dengan apa yg telah kawe lakukan. sekurang-kurangnya beliau tidak bosan di kg dan boleh mengetahui berkenaan berita ahli keluarga yg lain di KL. pada kawe, babalong lah nadi penggerak blog ini. kerana dia, kawe jadi bersemangat untuk menyumbangkan idea dan berhempas-pulas bagi merealisasikan blog ini.

kami chatting berdua di MCC hingga ke hampir jam tujuh. babalong cukup gembira hari itu kerana artikel hasil tulisan beliau di ruangan forum utusan malaysia telah disiarkan. hampir dua minggu babalong menunggu-nunggu penyiaran artikel berkenaan. sayang beliau tidak sempat membacanya sendiri di utusan. apa pun membaca komen2 para pembaca malaysia di ruangan tagboard sudah cukup membuatkan beliau berpuas hati. sekurang-kurangnya artikel beliau telah mendapat respon yg baik dan menjadi penyedar kepada masyarakat. tiba-tiba babalong senyap. saya mengerling jam. hampir ke waktu marghib.

"ah, maybe babalong tgh bersiap-siap ke surau barangkali." kawe membuat andaian.

tidak kawe sangka itulah perbualan terakhir secara online antara kawe dengan babalong kerana tak sampai setengah jam kemudian, kawe menerima panggilan dr kg mengatakan babalong sakit tenat dan telah dimasukkan ke hospital. kawe terus jadi tak tentu arah. hilang fokus untuk membuat kerja.

dr ofis, kawe gegas ke rumah kak long di ampang.

"mana aju semua?", tanya kawe.

"on the way...". kawe lihat kak long begitu resah masa tu. kawe faham. hati kawe pun rasa lain macam.

setengah jam lebih kurang, imi, aju dan uni sampai. dengan sehelai sepinggang (baju ofis), kawe, kak long, aju dan yg lelain terus gegas ke tol gombak - di sana beberapa org ahli keluarga yg lain telah sedia menunggu kedatangan kami.

sue, mak cik kawe menerpa...

"shah, babalong dah takde...".

kawe rasa cam nak jatuh terduduk waktu itu juga.

Al-Fatihah...

Friday, July 21, 2006

Promo : Meeting Malaysia 2006


Acara : Meeting Malaysia 2006
Tarikh : 27 & 28 September 2006
Tempat : Hall 1, Barbican Exhibition Centre, London, United Kingdom

“Meeting Malaysia 2006” adalah acara di mana sektor MICE (meetings, incentives, conference and exhibition) merupakan sasaran utama dalam menyokong pelan kerajaan Malaysia untuk meningkatkan jumlah pelacong koperat asing pada tahun 2007 yang semakin pesat sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 dan juga ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke-50.

Dengan adanya pameran “Meeting Malaysia 2006” ini adalah dipercayai ianya akan dapat membantu dalam memperkenalkan budaya dan adat resam kita serta teknologi terkini yang wujud di Malaysia kepada para pelancong asing. Dalam masa yang sama, mewujudkan rasa minat kepada para pelancong dan juga pelabur-pelabur asing.

Acara “Meeting Malaysia 2006” ini akan dirasmikan oleh Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Menteri di Kementerian Pelancongan) bersama Lord Mayor of London. Surat jemputan untuk merasmikan acara Meeting Malaysia kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telahpun diserahkan.

Buat pengetahuan pihak anda, acara “Meeting Malaysia 2006” juga akan diselitkan dengan elemen-elemen hiburan dan kebudayaan dari kedua-dua belah Negara, Malaysia dan United Kingdom, di mana dari Malaysia akan diterbangkan penghibur Zainalabidin, Adibah Noor, & kumpulan OAG, pengacara terkenal Sarimah Ibrahim dan Nazrudin Rahman, pereka fesyen yang bakal menjadi sebutan, Wan Marzuki Wan Daud, penari kebudayaan dari Maltra Sutra Dance Troupe dan ramai lagi. Dari bahagian United Kingdom, penyanyi terkenal James Blunt dan Sugarbabes serta selebriti sepeti Calum Best dan Steven Gerard, pemain bolasepak Liverpool/skuad England juga akan hadir.

Acara ini juga akan mendapat liputan dari media massa yang terkemuka dari Eropah seperti The Times (UK), Financial Times, Die Welt (Jerman), Le Monde (Perancis), The London Evening Standard (UK), The Metro (UK), The Daily Telegraph (UK), The Times and Financial Times (UK), media massa perdagangan seperti ITCM, Business Travel Magazine, Prestige Events Magazine, Travel Trade Gazette dan majalah terkenal sepeti Vogue, Elle dan sebagainya. Meeting Malaysia 2006 juga akan mendapat liputan oleh media massa tempatan.

Horizon Bespoke Events Solution Limited

Congress Centre Great Russell Street London WC1B 3LS
Tel : +44 (02) 20 7323 2017 (UK) Tel/Fax : +603-4270 5591 (M’sia)